Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di barat laut Semenanjung, keĀ­luasan 803 km2, Kangar sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Perlis

Puisi
 

Negeri Perlis bandaraya Kangar,
     Pasar jaja ikan pelotan;
Dinda tak nampak tetapi dengar,
     Tentu sahaja kerja syaitan.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah frasa "bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis" betul atau salah?Ayat yang betul ialah '........bertanya saya tentang jalan ke Muzium Perlis' atau '....bertanyakan tentang jalan ke Muzium Perlis'. Harap maklum.Tatabahasa25.07.2008
apa maksud 'PERLIS INDERA KAYANGAN'. terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, indera ialah dewa, manakala kayangan ialah negeri tempat dewa-dewa. Mungkin disebabkan kedudukan Negeri Perlis di sebelah atas Semenanjung, maka negeri tersebut dinamai sedemikian. Walau bagaimanapun, saudara hendaklah menghubungi Kerajaan Negeri Perlis untuk mengetahui pengertian sebenarnya.

Makna08.07.2009
Saya pernah tanya satu soalan pada 25/7/2008: 1. Adakah frasa "bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis" betul atau salah? Jawaban yang diberi oleh pihak DBP ialah '........bertanya saya tentang jalan ke Muzium Perlis' atau '....bertanyakan tentang jalan ke Muzium Perlis'. Saya kurang bersetuju dengan jawaban yang kedua yang diberikan. Hal ini demikian kerana selepas perkataan "bertanyakan" bukankah tidak boleh letak perkataan "tentang" kerana adanya imbuhan -kan di perkataan sebelumnya. Harap pihak berkenaan dapat memberi penjelasan tentang hal tersebut. Sekian, terima kasih.

Memang benar pendapat saudara. Pilihan jawapan yang kedua sepatutnya berbunyi begini: '....bertanya tentang jalan ke Muzium Perlis'

Tatabahasa03.11.2008
kami akan mengadakan konsert untuk meraikan keputeraan tuanku raja perlis. di sini, kami ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berhubung nama untuk konsert ini. nama yang dipilih adalah " KONSERT DIRGAHAYU MUSTIKA TARI" @ "KONSERT PERDANA MUSTIKA TARI". mohon pandangan pihak tuan. terima kasihKOnsert Perdana Mustika Tari lebih sesuai. Perkataan dirgahayu digunakan untuk ucapan sempena keputeraan.  Tatabahasa25.03.2008
Apakah maksud perkataan "zalil" , perkataan ini tidak dapat daridapa kamus. Lagu kebesaran Negeri Perlis ada yang menyebut" Doa Hamba yang zalil.Tiada dalam rujukan kami.Makna17.08.2009
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia?Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan).Lain-lain06.04.2010
Assalamualaikum Saya seperti nama dlm database En. ingin memohon artikel atau petikan atau yang seumpama dengannya yang bertajuk seperti di bawah untuk tesis bagi subjek BM yg didaftarkan pada semester ini: "Wajarkah penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah." Personal Information Nama: Mohd Noorazam bin Aziz ID number: 061010387 Course: Pengajian Mikroelektronik Level: Degree Location: Universiti Malaysia Perlis Segala budi bicara baik Tuan amat-amat saya hargai. SekianSdr. Noorazam, Artikel berkaitan penggunaan bahasa telefon bimbit dan SMS pernah tersiar di dalam artikel majalah terbitan DBP. Sdr. boleh membuat rujukan judul melalui menu Katalog dalam Talian di laman web DBP. Dicadangkan sdr. mendaftar sbg ahli Rakan Dewan untuk mendapatkan kemudahan membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu Ibu Pejabat atau PDM Wilayah Utara (Bukit Mertajam) . Sila hubungi Pustakawan kami, di talian 03 2149 1037 atau emel kamariah@dbp.gov.my untuk mendapatkan bantuan penyelidikan bahan. Sekian. Terima Kasih.Lain-lain20.08.2007
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010

Kembali ke atas