Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah maksud dengan pernyataan berikut. "Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri"Ayat tersebut sudah jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dipindah milik atau dipajak melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri.Tatabahasa12.07.2010
Definisi perkataan "street food" dalam Bahasa Kebangsaan. Perkataan ini ditafsirkan secara berasingan dalam Kamus Dewan Bahasa dan secara literal boleh didefinisikan sebagai "makanan jalanan". Niat Pihak Berkuasa Negeri untuk memasukkan makanan-makan yang dijual oleh penjaja kecil termasuk di "food court". Pohon bantuan definisi yang tepat yang boleh digunakanUntuk makluman, belum ada definisi yang khusus untuk "street food" dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan puan menghubungi  Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan definisi yang sesuai. Nombor telefon bahagian tersebut ialah 03-21479166/21479159/21479158.Istilah22.07.2014
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain02.02.2012
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT.Lain-lain02.02.2012
Mohon pandangan/ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan di negeri Perak.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
slm. 1. apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "disumbangkan" di dalam ayat " apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan" 2. apakah pula maksud "wang sumbangan"? 3. adakah maksud perkara 1 dan 2 di atas sama atau berbeza?Salam,

1) Maksud perkataan disumbangkan dalam ayat tersebut ialah sesuatu telah diberikan sebagai sumbangan
2) Maksud wang sumbangan ialah wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan)
3) Kedua-dua membawa maksud pemberian.
Makna25.06.2015
Sekadar bertanya, 1. Kenapa nama tempat Cyberjaya dan Putrajaya dicantum ? 2. Kenapa nama tempat Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak dicantum macam contoh di atas ?Dari segi ejaan, Cyberjaya dan Putrajaya sepatutnya dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, penamaan dan ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri /pihak berkuasa tempatan masing-masing.Istilah30.05.2010
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara.aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);Makna16.08.2007
PENGESAHAN EJAAN NAMA TEMPAT DI NEGERI PAHANG PADA MASA KINI, CONTOHNYA: CHERATING DAN CHENDOR DALAM DAERAH KUANTANSila rujuk dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah berkenaan. Harap maklum.Lain-lain25.05.2008
1. Adakah terdapat sebarang peraturan mewajibkan label dan bungkusan produk yang dipasarkan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu/Malaysia? 2. Bolehkah label dan bungkusan produk hanya menggunakan bahasa Inggeris? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan komen dan pandangan mengenai perkara ini secepat mungkin. Terima kasih.Sila rujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri saudara/ saudari untuk mengetahui sebarang peraturan bagi melabel membungkus produk. Untuk makluman saudara/ saudari, DBP hanya mengesahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam iklan. Harap maklum.Lain-lain13.08.2007
12

Kembali ke atas