Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Plan

Peribahasa

355

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Terjemahan untuk perkataan "rolling plan". Contoh ayat: Under the first rolling plan of the Tenth Malaysia Plan ...........Istilah bahasa Melayu untuk rolling plan ialah rancangan boleh pindaIstilah01.02.2012
Selamat pagi. Mohon bantuan ejaan "pelan atau plan" yang tepat untuk ayat berikut: 1) Sediakan satu pelan baharu sebagai jaminan (pelan atau plan) 2) Pelan takaful (Pelan atau plan) Terima kasih.Jawapan yang betul untuk kedua-dua soalan tersebut ialah pelan. Lain-lain22.11.2022
Apakah isitlah bahasa Melayu bagi 'catch-up plan'Kami mencadangkan "catch-up plan" diterjemahkan sebagai "pelan pencepat". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah07.04.2022
Salam tuan/puan, Apakah padanan istilah yang pihak tuan/puan boleh cadangkan bagi istilah "community rolling action plan"? Yang berikut adalah definisinya: The Community rolling action plan indicates substances for evaluation by the Member States in the next three years and is updated each year in March. The evaluation aims to clarify the initial concern that the manufacture and/or use of these substances could pose a risk to human health or the environment. Cadangan terjemahan saya ialah pelan tindakan daftar komuniti/ pelan tindakan daftar bahan-bahan. Sekian, terima kasih.Waalaikummussalam. Dalam konteks definisi yang diberikan, pelan tindakan daftar bahan lebih sesuai digunakan. (Tidak perlu perkataan “bahan” diulangi). Terima kasih.Istilah22.06.2017
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah perkataan seperti Tropical Forestry Action Plan (TFAP), United Nations Conference on Environment and Development (UNCED), Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS), Forest Stewardship Council (FSC) yang ditulis dalam dokumen bahasa Melayu perlu diitalik? Terima kasih.Kata nama khas dalam bahasa Inggeris tidak perlu dihurufcondongkan, kecuali tajuk buku, tajuk lagu, tajuk artikel dan sebagainya. Oleh yang demikian, Tropical Forestry Action Plan (TFAP), United Nations Conference on Environment and Development (UNCED), Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan Forest Stewardship Council (FSC) dieja tanpa huruf condong. Tatabahasa29.10.2025
Assalamualaikum Mohon untuk mendapatkan istilah dalam bahasa melayu bagi terma berikut: Erosion and Sediment Control Plan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak Pelan Kawalan Hakisan dan Enapan Sediment - kelodak atau enapan Mulching - Sungkupan atau penyungkupan Control at source - Kawalan pada punca atau kawalan di punca Rapid Disposal - Pembuangan cepat atau Pelepasan Cepat Runoff Management - Pengurusan air larian atau Pengurusan Aliran Flow = aliran Runoff = air larian? Mohon pengesahan. Terima kasih1. Terjemahan bagi "sediment" daripada bidang kimia ialah enapan manakala daripada bidang pertanian ialah endapan. Bagi terjemahan yang "erosion" pula ialah hakisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi "erosion and sediment control plan" ialah pelan kawalan endapan dan hakisan.
2. Terjemahan bagi "mulching ialah sungkupan
3. Cadanagn terjemahan yang sesuai bagi "control at source" ialah kawalan daripada sumber
4. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "rapid disposal" ialah pelupusan pantas
5. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "runoff management" ialah pengurusan aliran
Makna22.10.2020
"Jika apa yang kita rancang/plan dan ianya berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah dari Allah. Tetapi jika tidak berjalan apa yang telah kita rancang, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang , itu adalah suatu anugerah Ilahi yang di tangguhkan / ditunda sebab Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk yang terbaik dari Allah ,terus berusaha mencari peluang dan sentiasa fukus, yakin pada diri anda serta bertawakkal padaNya.Untuk makluman, tidak ada soalan dalam ayat yang saudara berikan.Lain-lain29.10.2015
Mohon pengesahan istilah-istilah berikut di dalam bahasa melayu Bil. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu 1. Sediment load 2. Erosion and Sediment Control Plan 3. Mulching 4. Control at source 5. Rapid Disposal 6. Runoff Management 7. Flow 8. Runoff 9. Surface runoff 10. Stormwater management 11. SustainableCadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah:
1. Sediment load - beban enapan
2. Erosion and Sediment Control Plan - pelan kawalan endapan dan hakisan
3. Mulching - sungkupan
4. Control at source - kawalan sumber
5. Rapid Disposal - pelupusan pantas
6. Runoff Management - pengurusan air larian
7. Flow - alir atau aliran
8. Runoff - larian, melorot 
9. Surface runoff - larian permukaan
10. Stormwater management - pengurusan air hujan
11. Sustainable - mapan
Makna25.10.2020
PUSAT PERCETAKAN & FOTOCOPY ANDA All types of printing & photocopy Digital print plan printing colour printing photocopy bunting banner sticker flyer & leaflet other services laminating scanning binding x-stand tripod stand roll up standSila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/Lain-lain20.07.2018
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bagi perkataan footage? Contoh ayat: Before you begin shooting footage, it is best to plan your movie with a storyboard. Adakah perkataan futej boleh digunakan? Terjemahan yang sesuai bagi perkataan footage ialah  filem  atau bahagian filemIstilah24.08.2020
123

Kembali ke atas