apakah singkatan bagi perkataan PARIT? Adakah "prt" atau "pt"? | Kependekan bagi perkataan parit ialah pt. Sila layari pt&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pt&d=1. | Tatabahasa | 04.06.2013 |
assalamualaikum saya ingin tanya berkenaan kelulusan sah bahasa untuk papan iklan. saya ada syarikat PT MAMAM LEGACY. dan saya ingin meletakkan nama di sign board PORT M.A.M.A.M adakah diberikan kelulusan? | Berdasarkan Terma dan Syarat Pengesahan Bahasa Melayu dalam Iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka: - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengesahkan kandungan bahasa yang digunakan dalam iklan (papan iklan luar, iklan tiang, iklan elektronik, papan premis perniagaan, kain rentang, gegantung, poster, badan kenderaan, notis makluman dan pelabelan). Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam iklan mestilah betul dan tepat dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa serta sopan dan tidak mempunyai konotasi buruk. Pengesahan ini termasuklah pada nama kedai atau jenama keutamaan, selain semakan keterangan utama perniagaan dan keterangan tambahan lain sekiranya ada.
- Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua jenama keutamaan (nama kedai, nama produk dan lain-lain yang berkaitan) dalam iklan, sama ada secara sendiri atau bersama dengan bahasa-bahasa lain kecuali bagi jenama khas perniagaan seperti TOSHIBA, SAMSUNG dan lain-lain.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan port membawa maksud pangkal atau hujung sesuatu saluran penghantaran yang digunakan dalam bidang komputer. Perkataan mamam pula tidak terakam dalam kamus. Oleh itu, nama kedai PORT MAMAM tidak dapat diluluskan oleh pihak DBP kerana tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul.
| Lain-lain | 09.11.2021 |
Pihak kami (Jabatan Perancang Bandar DBKL) menerima permohonan penamaan bangunan 1 blok kedai / pejabat 8 tingkat (Blok C5) di atas 7 tingkat basemen tempat letak kereta termasuk ruang perniagaan di atas lot PT. 17439, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan oleh pemaju ialah "PUBLIKA". Diharap pihak DBP dapat memberikan ulasan / maklumbalas mengenai nama bangunan yang dicadangkan. | Tidak ada kata masukan Publika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mencadangkan penamaan premis menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang secara tidak langsung memperkasakan bahasa kebangsaan di tempat awam. Sila rujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 22.03.2010 |
Apakah maksud peluncuran? Saya cari kat dewan bahasa pustaka official website xda maksud diterangkan dengan terperinci tapi digunakan di dalam pelancaran sesuatu majlis. TQ | Assalamualaikum wbt, Perkataan peluncuran mempunyai maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program. Perkataan peluncuran dalam konteks ini semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi bagi kata pelancaran. Dalam erti kata lain, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Disertakan beberapa contoh penggunaan kata peluncuran yang dipetik daripada Korpus DBP dan Google: Selepas majlis peluncuran dibuat, acara diskusi buku akan diadakan dan disusuli dengan slot baca cerpen. Penerbit bercadang untuk membuat peluncuran. Namun begitu, peluncuran itu akan dibuat secara dalam talian kerana negara dilanda oleh pandemik COVID-19. Yang Dipertua Dewan Rakyat menghadiri majlis peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) ... Sesi lawatan ini dimulakan dengan perasmian Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor. Sekian. Terima kasih. pt-2 pb-2 text-turquoise" style="box-sizing: border-box; margin-top: 0px; margin-bottom: 0.5rem; font-weight: 500; line-height: 1.2; font-size: 1.25rem; color: #212529; font-family: -apple-system, blinkmacsystemfont, "segoe ui", roboto, "helvetica neue", arial, "noto sans", sans-serif, "apple color emoji", "segoe ui emoji", "segoe ui symbol", "noto color emoji"; padding-top: 0.5rem !important; padding-bottom: 0.5rem !important;"> | Istilah | 22.11.2024 |