Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Public

Peribahasa

632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
public listed componysyarikat tersenarai awamIstilah09.01.2012
Apakah maksud bagi ayat berikut? Not applicable on eve of public holiday and public holiday.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain23.10.2024
Tuan/Puan, Mohon kerjasama untuk mengesahkan terjemahan untuk "makes public" di bawah adalah betul atau salah. Sumber: If the Sponsor makes public any study results your identity will remain confidential. Sasaran: Jika Penaja mendedahkan apa-apa hasil kajian, identiti anda akan kekal dirahsiakan. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "make public" diterjemahkan sebagai "mendedahkan", "membocorkan", "memaklumkan" atau "memberitahu". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan25.06.2021
Visual Public Mutual telah membuat pembetulan. Tolong sahkan. Terima kasih.Tuan/Puan telah salah tempat menghantar iklan, sila ke domain (ruangan) sistem pengesaha bahasa.Lain-lain30.04.2013
eve public holidaymenjelang cuti amLain-lain21.05.2007
Apa maksud Public Domain dalam bahasa melayu?Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah Domain Awam.Penyemakan dan penterjemahan23.02.2021
Salam. Apakah istilah yang digunakan untuk Precision Public Health?Padanan bagi istilah precision public health dalam bahasa Melayu ialah kesihatan awam jitu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.02.2025
Terjemahan untuk public speaking yang tepat adalah pengucapan awam atau pidato umum? perkataan awam/umum mungkin secara kasar sama maknanya namun perkataan pidato saya kira lebih tepat kerana merupakan kata dasar bukan kata terbitan. diharap selepas ini DBP akan menggunakan pidato umum untuk public speaking selepas ini (untuk makluman acara DBP baru-baru ini menggunakan frasa pengucapan umum).Public speaking ialah istilah dalam bidang komunikasi dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah "pidato umum".Istilah20.06.2011
Salam sejahtera. Adakah "Bill of Public Health" sesuai diterjemah sebagai Rang Undang-undang Kesihatan Awam? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu Bill of Public Health bergantung pada konteks ayat.  Jika istilah ini digunakan dalam bidang ekonomi ia bermaksud bil kesihatan awam, akan tetapi jika digunakan dalam bidang pentadbiran atau undang-undang, ia bermakna Rang Undang-undang Kesihatan Awam.Penyemakan dan penterjemahan09.05.2014
Mohon pihak DBP syorkan terjemahan untuk Public Health Emergency of International Concern (PHEIC)Jawatankuasa Istilah Semasa Dewan Bahasa dan Pustaka bersetuju untuk mencadangkan "Public Health Emergency of International Concern (PHEIC)" diterjemahkan sebagai "Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (KKAKA)". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan12.09.2021
123456

Kembali ke atas