Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh ke guna membawa'nya' sebab setahu saya 'nya' hanya boleh digunakan untuk manusia. Perlu tambah 'ke' sebelum pusat kitar semula sebab sudah ada 'ke' sebelum tempat pelupusan sampah? Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

Ayat yang betul ialah Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawa sampah tersebut ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. Kata sendi ke perlu diulang bagi menunjukkan tempat atau arah seperti yang diterangkan dalam Tatabahasa Dewan halaman 267.

Tatabahasa11.07.2014
bahasa melayu untuk perkataan-perkataan di bawah nama syarikat "trading in metal scrap....) dan apakah jenis perniagaan ini dinamakan dalam bahasa melayu. Pusat ?? Terima Kasih.Kami cadangkan Pusat Kitar Semula. Walau bagaimanapun, sila hantar iklan ini melalui Khidmat Pengesahan Bahasa pada laman web DBP untuk tujuan pengesahan bahasa.Lain-lain10.11.2011
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara.

 

2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

 

3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian.

Tatabahasa10.07.2014
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini?

1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk.

2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan.
Tatabahasa07.12.2014
Salam, Antara dua cadangan nama bagi kemudahan (fasiliti) berikut yang manakah lebih sesuai dan tepat untuk dijadikan sebagaibkata nama khas? a) Pusat 3R Komuniti, atau b) Pusat Komuniti 3R 3R ialah reduce, reuse & recycle Sekiranya tuan mendapati salah satu atau kedua-duanya jawapan boleh diterima pakai, adakah penggunaan perkataan seperti berikut juga tidak menjadi satu kesilapan untuk digunakan. c) Pusat 3RKomuniti; atau d) Pusat Komuniti3R Apa yang membezakan sesebuah kemudahan apabila diberi nama antara stesen dan pusat? contoh 1, mengapa stesen bas bukannya pusat bas? contoh 2, mengapa pusat pentadbiran kerajaan, bukannya stesen pentadbiran kerajaan? Adakah perkataan berikut memerlukan perkataan di disambungkan atas sebab ianya menunjukkan sebagai satu perbuatan iaitu dikitar semula atau di kitar semula? Kerjasama tuan sangat dihargai. Sekian, terima kasih.Assalammualaikum WM WBT.
SOALAN 1. Yang lebih sesuai ialah Pusat Komuniti 3R. Tidak boleh digunakan sama ada Pusat Komuniti3R atau Pusat 3RKomuniti.
SOALAN 2. Kamus Dewan mentakrifkan stesen (stésén) sebagai bangunan perhentian kereta api atau bas, tempat (bangunan dan sebagainya) yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa;, saluran gelombang radio. Dalam hal soalan saudara, pusat bermaksud punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dan lain-lain, tempat yang menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dan sebagainya yang utama atau tertentu. Maka dari segi maksud jelas menunjukkan perbezaan penggunaan stesen dan pusat.
SOALAN 3. Yang betul ialah "dikitar semula". Kata sendi "di" dieja jarak apabila menunjukkan tempat dan masa. Contohnya, saya tinggal di Johor Bahru. Selain tempat dan masa, "di" dieja rapat.
Tatabahasa23.04.2014

Kembali ke atas