Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf yg ke-18 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id kep Raden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata R


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah istilah yang betul bagi R & R? Adakah 'Rehat dan Rawat? Terima kasih.R & R merupakan singkatan bagi Rehat dan Rawat.Tatabahasa14.05.2013
Apa maksud penggunaan huruf-huruf besar seperti N dan R pada perkataan yang berimbuhan..me N-, mempe R- , dipe R-.

Penggunaan huruf besar seperti N dan R pada perkataan yang berimbuhan meN-, mempeR- dan dipeR- dipanggil alomorf.   Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Nahu Melayu Mutakhir, penulis Asmah Haji Omar. 

Tatabahasa04.07.2010
1.Penggunaan 'r' dan 'R' untuk singkatan doktor perubatan dan doktr falsafah.( Dr. dan DR. )Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. Lain-lain10.04.2010
m r dpur timur selera timur, selera kitaPertanyaan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula.Lain-lain24.01.2012
Antara "hari raya Aidilfitri" (h dan r huruf kecil) dengan "Hari Raya Aidilfitri" (h dan r huruf besar), yang mana tepat?Dalam ayat biasa frasa hari raya Aidilfitri adalah betul, tetapi dalam penulisan tajuk atau ucap selamat frasa Hari Raya Aidilfitri adalah betul.Ejaan28.08.2011
1. bagaimanakah hendak membezakan sesuatu kata dasar yang bermula dengan huruf r adalah digabungkan dengan imbuhan pe-(allomof bg peN-)atau imbuhan per-. contoh 1. peramah 2. peramai 3. peramal 2. bolehkah senaraikan kata-kata dasar yang bermula dengan huruf r yang bergabung dengan imbuhan per-? sekian terima kasihAwalan pe- mempunyai dua makna; i. orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan, contohnya petinju (orang yan bertinju), dan ii. oran yang melakukan kerja yan terkandung dalam maksud kata dasar, contohnya paramal (orang yang meramal). untuk maklumat lanjut tentan awalan pe- dan peN- sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halamn 108 - 116 dan rujuk juga Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai kata yang bermula dengan huruf R serta kata terbitan daripada kata dasar yang bermula dengan huruf R (kata peramai tidak ada dalam Kamus Dewan).Tatabahasa25.07.2009
ejaan yang betul untuk assalamualaikum dan waalaikumussalam? penggunaan yang betul untuk singkatan radiallahu anhu r.a. atau RA?Ejaan yang betul ialah assalamualaikum, waalaikumussalam, r.a.(untuk radiallahuanhu).   Ejaan13.02.2008
Assalamualaikum. Radiallahuanhu digunakan untuk lelaki, dan singkatannya ialah r.a. Manakala radiallahuanha digunakan untuk wanita dan apakah singkatan yang betul? Terima kasih.Singkatan yang digunakan untuk radiallallahuanhu dan radiallahuanha ialah r.a.Ejaan07.10.2013
adakah redha sama maksud dengan rela?

reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia;

rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan;
Makna03.11.2009
Ayat: Satu daripada wasiat Raja-raja Melayu ialah mendaulatkan bahasa Melayu. Raja-raja Melayu atau raja-raja Melayu (nama am, kedua-dua r huruf kecil) atau raja Melayu (nama am, r huruf kecil) atau Raja Melayu (nama khas?) atau ada yang lain?

Ejaan yang betul ialah wasiat Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan/pertubuhan khas.

Ejaan29.12.2009
1234567

Kembali ke atas