Salam sejahtera, Saya petik teks di bawah ini daripada lelaman prpm@DBP. "Soalan saya inginkan penjelasan tentang ejaan bekerja. Mengapa pekataan tersebut tidak dieja sebagai berkerja? Terima kasih. Jawapan Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu." Soalan saya, mengapakah apabila perkataan serta diberi imbuhan "ber", ia menjadi berserta dan bukan beserta? Sekian, terima kasih. | Awalan ber- yang bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- (kerja, derma, serta),maka r dalam awalan ber- tidak gugur, walaupun terdapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. | Tatabahasa | 03.02.2009 |
Soalan : Han Khalief Jun 9th, 3:34pm Assalamualaikum DBP.. Ini betul atau tidak? Berikan penjelasan. Terima kasih. WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN Jawapan : Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami prpm.dbp.gov.my. Terima kasih SOALANNYA IALAH EJAAN WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN BETUL KE TAK? Apa yang tidak jelasnya. Baca la betul-betul ya. Gunakan ilmu kefahaman. | Penggunaan kata dan ejaan yang betul ialah "Bengkel JKR Daerah Pontian". | Tatabahasa | 16.06.2015 |
Han Khalief Jun 9th, 3:34pm Assalamualaikum DBP.. Ini betul atau tidak? Berikan penjelasan. Terima kasih. WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.06.2015 |
Di manakah saya boleh mencari rujukan cara sebutan perkataan dengan tanda vokalnya? Sebagai contoh, cara yang betul menyebut rengsa. | Kamus Dewan tidak memasukkan panduan sebutan pada setiap entri. Walau bagaimanapun bagi beberapa perkataan yang agak mengelirukan ada panduan sebutan. Contohnya, perkataang rengsa boleh dilihat dalam laman web kami http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rengsa, réngsa - ialah e taling, jika e pepet tidak diberikan tanda di atasnya. | Tatabahasa | 01.10.2015 |