Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
1) Adakah kata gantinama Tuan untuk Nabi s.a.w sesuai dimulakan dengan huruf besar? 2) Bolehkan mulakan ayat selepas noktah dengan perkataan 'kerana' atau 'dan'? | Kata ganti nama yang sesuai untuk Nabi SAW ialah Rasulullah/Ya Rasulullah. Kata ganti nama Tuan tidak digunakan untuk Nabi SAW. Kerana ialah kata hubung yang menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian. Oleh yang demikian, kerana tidak digunakan dalam permulaan ayat selepas noktah. Perkataan dan pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, seharusnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek. | Tatabahasa | 06.02.2019 |
Saya ingin mendaftar perniagaan menjual makanan sunnah menggunakan nama HABIB ULUNG. Nama ini dipilih kerana perkataan HABIB sering dirujuk kepada keturunan Rasulullah dan ULUNG pula merujuk kepada Rasulullah nabi yang unggul. Mohon pandangan dari pihak DBP. | DBP hanya terlibat dalam pengesahan bahasa dalam visual iklan. Untuk pengesahan papan tanda perniagaan, maklumat asas yang diperlukan ialah: 1. Keterangan aktiviti perniagaan contohnya KEDAI PRODUK MAKANAN KESIHATAN (di bahagian paling atas sebelah kiri iklan. 2. Nama kedai HABIB ULUNG 3. Dimiliki oleh: HABIB ULUNG ENTERPRISE (XXX-A) Kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. | Lain-lain | 29.10.2018 |
Salam, benar tak ayat ini dari sudut struktur dan ejaan "Alhamdulillah. syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW Nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, al-Quran dan al-Hadith" ? | Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, iaitu al-Quran dan hadis. | Ejaan | 12.04.2012 |
Assalamualaiku, bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya? Mengapakah dalam buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith oleh DBP menggunakan tanda baca sebegitu? Contoh: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang sengaja berdusta terhadapku, maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka." Soalan saya, mengapakah digunakan tanda noktah bertindih selepas Rasulullah SAW bersabda? Mengapa tidak digunakan koma. Hujah saya, kerana selepas itu disusuli dialog/petikan kata/hadis. Atau adakah sebab tertentu yang boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih. | Untuk makluman puan, buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith merupakan buku terbitan Kementerian Dalam Negeri bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.11.2019 |
Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih. | Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 26.04.2010 |
Dalam penulisan, kalau kita hendak menulis Baginda Rasulullah s.a.w, Perkataan s.a.w ditulis dengan huruf kecil atau besar? | Ejaan yang tepat ialah Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Jika kita menulis ayat apakah kata sapaan `baginda’ kepada Rasulullah SAW itu seperti perlu `baginda’ (`b’ huruf kecil atau `Baginda’ (`B’ huruf besar) dalam konteks di tengah-tengah ayat. Contoh: Dalam perjalanan ke medan perang Badar itu, baginda mengarahkan tentera … Apakah peraturan ini juga terpakai kepada ganti nama sultan di Malaysia? Sultan Muhamad IV berangkat menemui keluarga baginda di…’ | "Baginda" merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. Perkataan baginda apabila berada dalam ayat, ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 07.09.2018 |
Mohon bantuan, adakah waktu-waktu solat seperti Subuh dan Zohor dikira sebagai Kata Nama Khas? Begitu juga dengan perkataan-perkataan yang terdapat daripada tafsir Al-quran iaitu:- Baitullah, Masjidil dan Rasulullah Adakah ianya kata nama khas? Sekian,bantuan dari pihak DBP amatlah dihargai.Terima kasih. | Waktu solat merupakan kata nama am dah dieja dengan huruf pertama kecil. Baitullah dan Rasulullah merupakan kata nama khas dieja dengan huruf pertama huruf besar manakala masjidil kata am kecuali jika merujuk kepada Masjidilharam iaitu, masjid Mekah maka dieja dengan huruf besar pada huruf pertama. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Assalamualaikum, Bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya bagi penulisan riwayat hadis? Contoh: Ertinya: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata, daripada Ibn Juraij, beliau berkata, daripada al-Zuhri, beliau berkata, daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, Baginda menanggalkan cincinnya." Harap pihak tuan/puan perhatikan ketepatan setiap tanda baca yang saya gunakan. Terima kasih. | Cara penulisan hadis yang betul: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata daripada Ibn Juraij, beliau berkata daripada al-Zuhri, beliau berkata daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, baginda menanggalkan cincinnya." | Tatabahasa | 21.11.2019 |