Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Bermaksud :

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lebuh-lebuh raya? lebuh raya-lebuh raya? pasar-pasar raya? pasar raya-pasar raya? yang mana betul? terima kasih.Penggunaan yang betul ialah lebuh-lebuh raya dan pasar-pasar raya. Walau bagaimanapun perkataan ini tidak digandakan kerana untuk memastikan sama ada perkataan tersebut dalam bentul tunggal atau jamak boleh dilihat kepada keseluruhan ayat. Ayat "Perjalanan ke rumahnya melalui sebatang lebuh raya ..." sudah pasti dalam lebuh raya tersebut dalam bentuk tunggal dan ayat "Pasar raya di seluruh negara akan menganjurkan ..." sudah pasti banyak pasar raya yang terlibat.Ejaan20.06.2011
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk duit raya? sekeping duit raya? sesampul duit raya? satu sampul duit raya? atau tak perlu kepada penjodoh bilangan?Tidak perlu memasukkan penjodoh bilangan untuk duit raya. Duit raya dinyatakan dalam bentuk kuantiti sama ada banyak, sedikit atau seumpamanya. Tatabahasa28.08.2021
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi KarimBagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos.Tatabahasa01.04.2008
ANGKA ATAU HURUF mohon kepastian daripada pihak DBP bagi penggunaan yang betul berdasarkan persoalan di bawah: 1. hari raya kelapan atau hari raya ke-8? 2. sembilan atau 9? 3. kesepuluh atau ke-10? 4. hari raya kesebelas atau hari raya ke-11? 5. hari raya pertama atau hari raya 1Penggunaan yang betul ialah hari raya pertama, hari raya kelapan, hari raya kesembilan, hari raya ke-10, hari raya ke-11.Ejaan07.07.2015
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

 

Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
Salam tuan, saya ingin menggandakan perkataan bandar raya. Yang mana betul: badar-bandar raya atau bandar raya bandar raya? Bagaimana pula menggandakan perkataan menteri besar?Apabila menggandakan kata jamak, perkataan yang pertama sahaja digandakan seperti Menteri-menteri Besar Bandar-bandar raya.Tatabahasa11.04.2013
Adakah perkataan kaya-raya merupakan kata ganda semu? Dalam sistem prpm menunjukkan dua bentuk ejaan kaya raya sekali: -kaya-raya -kaya raya (tanpa tanda sengkang) Yang manakah ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah kaya-raya dan perkataan ini termasuk dalam kata ganda berentak sama seperti cerai-berai dan gotong-royong.Tatabahasa29.05.2012
Jika saya ingin menggunakan perkataan ramadan atau raya sahaja dan bukannya bulan ramadan atau hari raya, adakah ianya dalam huruf besar atau kecil. contoh: sambutan raya atau sambutan Raya. juadah ramadan atau juadah Ramadan?"Ramadan" ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar, manakala "raya" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan "raya" merujuk hari raya banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam konteks rasmi hendaklah ditulis dalam frasa dan ejaan yang betul, seperti sambutan hari raya. Walau bagaimanapun, duit raya dan kad raya diterima sebagai perkataan yang standard.Ejaan28.02.2024
Apakah maksud a) siar raya b) alat siar rayaSiar raya ialah ucapan umum atau padanan dalam bahasa inggerisnya public address. Dan siar raya juga boleh membawa maksud alat siar raya.Makna07.02.2012
Penggunaan kata pada sampul duit raya. Selamat Hari Raya atau Selamat Menyambut Hari RayaKedua-dua frasa "Selamat Hari Raya" dan "Selamat Menyambut Hari Raya" boleh digunakan pada sampul duit raya.  Tatabahasa25.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas