Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih | Singkatan untuk alaihissalam ialah a.s. Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah r.a. Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah. Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi | Ejaan | 12.06.2015 |
Rhotic (bahasa) patut dieja "rhotik" atau "rotik"? | Selamat sejahtera HAZIQ FARUQI, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1992) terbitan DBP telah menggariskan 70 kaedah penulisan kata serapan asing, termasuk bagi kata-kata Inggeris. ​Kaedah yang ke-48 ialah kaedah menulis gugus konsonan Inggeris [rh] yang menjadi [r] untuk ejaan bahasa Melayu, iaitu seperti perkataan rhetoric dan rhythm. Penyesuaian ejaan bahasa Melayu kedua-kedua kata Inggeris ini adalah: rhetoric - retorik rhythm - ritma Ejaan rhotic seharusnya diselaraskan menjadi rotik dalam bahasa Melayu. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya yang menjalankan amanah, MARDHIAH OTHMAN. | Ejaan | 16.03.2025 |