RINA MENYIRAM POKOK BUNGA ___ KAKAKNYA MENYAPU SAMPAH DI HALAMAN RUMAH. MANAKALA ATAU SEMENTERA | DUA-DUA BOLEH DIGUNAKAN MANAKALA ATAU SEMENTARA. | Tatabahasa | 24.02.2011 |
Rina Kifley WED 8:16AM Salam, saya Rina. Pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM. Saya mahu bertanya, bagaimana boleh saya dapatkan contact number, email dan alamat surat menyurat Ahmad Kamal Abdullah @ Kemala? Diharap pihak tuan dapat membantu. Terima kasih. | SN Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah boleh dihubungi melalui alamat: 321, Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 31.08.2016 |
"Saya pergi ke kedai dobi untuk _______ baju tadi," kata Mia kepada Rina. A cucian B pencuci C mencuci D mencucikan. Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di atas - C atau D? Jawapan yang diberi adalah C mencuci. Boleh tolong jelaskan mengapa jawapannya bukan D mencucikan. Apakah perbezaan dan bolehkah diberikan satu contoh ayat seperti di atas yang boleh menggunakan istilah mencucikan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewab Edisi Keempat maksud mencucikan: mencucikan | 1 mencuci utk orang lain. | manakala maksud mencuci: mencuci | 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. | Contoh ayat untuk perkataan mencucikan: Amin mencucikan baju abangnya yang sudah seminggu tidak dibasuh. | Lain-lain | 11.07.2014 |
"Saya pergi ke kedai dobi untuk _______ baju tadi," kata Mia kepada Rina. A cucian B pencuci C mencuci D mencucikan. Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di atas - C atau D? | Jawapan yang tepat ialah c. mencuci. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Saya sering keliru dengan penggunaan italik untuk bahasa asing, seperti Bahasa Inggeris. Apa yang saya faham, ayat dalam bahasa asing perlu italik. Bagaimana pula nama kolej, nama kursus dll? Adakah kata nama khas dalam bahasa Inggeris tak perlu diitalik, sebaliknya huruf besar pada awal perkataan? | Sdr. Rina, Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman? | Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman. Monolog (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan. Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu. | Sastera | 26.07.2012 |