Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : falsafah negara Malaysia yg mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kpd Tuhan, ke­setiaan kpd raja dan negara, keluhuran per­lembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : prinsip kenegaraan yg lima bagi negara Malaysia (iaitu Kepercayaan kpd Tuhan, Kesetiaan kpd Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rukun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok, prinsip.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu! Adakah "berdasarkan prinsip Rukun Negara" dan "berdasar pada prinsip Rukun Negara" itu sama maksud? Atau kena menggunakan "berdasar tentang prinsip Rukun Negara"?Berdasarkan bermaksud berdasar pada, oleh itu ayat pertama dan ayat kedua betul.Tatabahasa01.05.2014
Pada awalnya RUKUN NEGARA dieja sebagai Rukunegara. Pada tahun bilakah ejaan ini diubah menjadi Rukun Negara?Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Oleh itu, setelah penggunaan tatabahasa lebih mantap seperti sekarang, maka ejaan yang lebih tepat telah diselaraskan oleh pakar bahasa. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan tarikh sebenar ejaan ini diubah kepada RUKUN NEGARA. Terima kasih.Lain-lain22.08.2020
ejaan rukun negara atau rukunegaraEjaan yang betul ialah Rukun Negara.Ejaan29.08.2006
Perlukah Rukun Negara ditulis huruf besar R dan huruf besar N ?Rukun Negara ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa03.09.2014
Ejaan yang betul RUKUNEGARA atau RUKUN NEGARA?Ejaan yang betul: RUKUN NEGARA. Dieja dengan dua perkataan.
Ejaan13.09.2009
Selamat sejahtera, bolehkah saya tanya tentang "Rukun Negara" ialah kata majmuk atau frasa nama?"Rukun Negara" merupakan kata nama khas.Lain-lain14.05.2024
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan.Tatabahasa05.06.2012
Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3)Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. Tatabahasa16.05.2011
rukun negara ditulis 2 perkataanseperti di atasMakna11.06.2007
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berhasrat untuk mencetak semula Buku Panduan Kelab Rukun Negara yang dibuat oleh Jabatan. Di dalamnya ada terkandung Kata Aluan dari Menteri pada masa itu, tetapi sekarang Menteri telahpun bertukar. Persoalan saya, adakah perlu Kata Aluan dari Menteri yang baru atau mengekalkan sahaja Kata Aluan Menteri yang terdahulu. Terima kasih.Bagi naskhah cetak ulang, isi kandungan buku asal perlu dikekalkan termasuk kata alu-aluan menteri terdahulu.Lain-lain16.09.2009
12

Kembali ke atas