Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) rumah bertingkat yg sama bentuk­nya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mem­punyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok  3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung  ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau meng­ikut tradisi,  
2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas.
Makna29.11.2012
Salam sejahtera, tuan. Kerajaan digesa membina lebih banyak rumah kos rendah yang berharga antara RM100,000 dan RM120,000 untuk golongan miskin bandar di ibu kota. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Ayat ini betul. Kerajaan digesa membina lebih banyak rumah kos rendah yang berharga antara RM100,000 dan RM120,000 untuk golongan miskin bandar di ibu kota. Lain-lain07.03.2021
Pola ayat dasar 1. Bandar Ipoh terletak di Perak. 2. Pelakon muda yang berbakat itu dari Indonesia. 3. Kakak pergi ke rumah abang . Perbezaan subject Dan predikat 1. Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna cerah. 2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan jatuh pengsan semalam . 3. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki berada di dewan sekarang .Soalan saudara kurang jelas. Jika ditanyakan tentang ayat dasar, ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat, iaitu FN+FN ; FN+FK ; FN+FA ; dan FN+FS. Contohnya, "Bandar Ipoh" ialah FN + "terletak di Perak" ialah FK. Subjek pula ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Dalam contoh ayat, "Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna cerah", "Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu" ialah subjek dan "dicat dengan warna cerah" ialah predikat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 463 - 476.  

 

Tatabahasa22.05.2013
Boleh saya tahu perbezaaan kampung dan desa?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

desa kata nama
1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar yang dihuni oleh sekelompok masyarakat dan biasanya terdapat kemudahan seperti masjid, klinik dan sekolah;
2 bahasa klasik daerah, kawasan atau tempat;

kampung kata nama
1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar, dan biasanya terdiri daripada sekumpulan rumah serta bangunan lain seperti masjid, balai raya dan sekolah: Setelah tamat SPM, aku meninggalkan kampung utk berhijrah ke Kuala Lumpur.
2 kawasan yang terletak dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: Kampung Jawa yang terletak di tengah-tengah bandar Serian itu dihuni oleh masyarakat Jawa yang berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia.
3 Negeri Sembilan kawasan di keliling rumah seseorang atau beberapa buah rumah kepunyaan ahli daripada keluarga yang sama yang biasanya dilingkungi pagar;
4 Minangkabau daerah di desa atau bandar yang lebih kecil daripada negeri tetapi lebih besar daripada dusun, di bawah jagaan seorang ketua yang dipilih oleh penduduk setempat daripada kalangan ketua dusun;

Kata adjektif
5 (berkenaan dengan hasil tanaman, ternakan dan sebagainya) dihasilkan dengan cara tradisional, misalnya tanpa penggunaan mesin canggih, bahan kimia dll: kopi kampung; ayam kampung;
6 kiasan (berkenaan dengan pemikiran, gaya hidup dan sebagainya) tidak moden atau ketinggalan zaman: Datuknya masih kampung.

Kesimpulannya, desa dan kampung ada persamaan dan perbezaan dari segi pecahan makna.
Makna10.07.2024
Adakah penggunaan "duduk" dalam "Dia duduk di bandar." ialah bahasa basahan?​Assalamualaikum, 

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020: hlm. 545), perkataan duduk membawa makna menetap atau tinggal di sesuatu tempat, rumah dan sebagainya (makna 2). Oleh itu, penggunaan perkataan duduk dalam ayat "Dia duduk di bandar." bukan bahasa basahan. 

Terima kasih.
Makna10.04.2025
Tuan, merujuk(Kamus Dewan Edisi Keempat), definasi bagi tempat peranginan bermaksud beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk ber­istirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). Di sini, saya ingin tahu, zoo adakah juga termasuk sebagai tempat peranginan? Minta pencerahan. Terima kasihBerdasarkan Kamus Pelajar, tempat peranginan bermaksud  tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dan lain-lain). Secara tidak langsung zoo juga merupakan tempat untuk berehat, namun penggunaan yang lebih tepat ialah tempat pelancongan.Tatabahasa04.09.2021
apakah perubahan bahasa / tatabahasa dalam bahasa melayu?Sejak buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu diterbitkan pada tahun 1993, perubahan dari segi bahasa /tatabahasa adalah pada penulisan atau pengejaan kata majmuk, iaitu daripada satu perkataan kepada dua perkataan. Contohnya : pasar raya, bandar raya, urus setia, rumah tangga, alat tulis dsb. Selainnya bukanlah perubahan tetapi pemantapan dalam hukum tatabahasa tersebut. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku rujukan yang mutakhir.Tatabahasa10.08.2007
Kalau bandar atau institusi, diasaskan atau ditubuhkan?

Berikut disenaraikan makna yang berkaitan:

i. Diasaskan: a. Memulakan penubuhan sesuatu organisasi, pertubuhan dan sebagainya; b. Menjadi asas kepada sesuatu.

ii. Ditubuhkan: a. Mewujudkan atau membentuk jawatankuasa, persatuan, syarikat dan sebagainya; b. Membina atau mendirikan bangunan, rumah dan sebagainya.


Walau bagaimanapun, soalan yang diberikan kurang jelas kerana penggunaan sesuatu perkataan perlu dilihat berdasarkan ayat lengkap bagi melihat konteks penggunaan yang betul, contohnya:

Bandar yang diasaskan pada 1990 itu, kini mempunyai lebih daripada 125,000 orang penduduk.”

“Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1981.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 140 dan 2411-2412.
Makna11.07.2025
Perbezaan perkataa baru dengan bharu, tolong jelaskan.Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan Baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai, baru-baru ini. Perkataan bharu digunakan seperti dalam nama bandar Kota Bharu. Tatabahasa03.01.2009
Hai, selamat malam....Dari mana kita boleh mendapat info terkini tentang perubahan bahasa?Terima kasih....Sejak buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu diterbitkan pada tahun 1993, perubahan dari segi bahasa /tatabahasa adalah pada penulisan atau pengejaan kata majmuk, iaitu daripada satu perkataan kepada dua perkataan. Contohnya : pasar raya, bandar raya, urus setia, rumah tangga, alat tulis dsb. Selainnya bukanlah perubahan tetapi pemantapan dalam hukum tatabahasa tersebut. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku rujukan yang mutakhir.Lain-lain21.02.2010
12

Kembali ke atas