Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rumah yg berdinding batu-bata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Rumah batu pintu ke laut,
     Indah terbina di pinggir jalan;
Kerana senyum banyak terpaut,
     Ingin hati hendak berkenalan.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting."

Bezanya adalah seperti berikut:

  • beratap

    mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~;
  • beratapkan

    mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting;
  •  

    2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan."

    3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya."

  • menyilaukan

    menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku;
  • tersilau

    menjadi silau;
  •  

    Tatabahasa07.12.2009
    PALING CANTIK SEKALI ADAKAH AYAT INI BOLEH DIGUNA

    Salam sejahtera,

    Kata penguat bebas iaitu amat, sungguh dan sangat boleh digunakan dengan perkataan sekali. Manakala kata penguat hadapan iaitu sekali dan paling, hanya boleh digunakan salah satu antaranya dalam sesuatu perkataan. Contohnya rumah batu di hujung kampung itu paling cantik atau rumah batu di hujung kampung itu cantik sekali. Untuk ayat yang dikemukakan 'Paling cantik sekali' salah digunakan dalam ayat sebaliknya yang betul ialah 'paling cantik' atau 'cantik sekali'.

    Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut.

    Tatabahasa13.11.2012
    Bolehkan kata penguat bebas amat/sangat/sungguh digunakan bersama-sama dengan kata sekali dalam satu ayat yang sama? Contoh amat cantik sekali. Setahu saya jika kita menggunakan kata sekali dengan paling (contoh: paling cantik sekali) adalah salah.Kata penguat bebas iaitu amat, sungguh dan sangat boleh digunakan dengan perkataan sekali. Manakala kata penguat hadapan iaitu sekali dan paling, hanya boleh digunakan salah satu antaranya dalam sesuatu perkataan. Contohnya rumah batu di hujung kampung itu paling cantik atau rumah batu di hujung kampung itu cantik sekali. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa05.12.2006
    Yang mana betul? Pekarangan rumah atau perkarangan rumah.Pekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Makna03.03.2015
    Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan berikut: 1) pemeleh Contoh ayat: Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar. 2) peleh Contoh ayat: Dikenali dengan nama rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. setelah dirujuk dalam kamus dewan yang terbaru, tidak terdapat maksud perkataan tersebut, saya juga merujuk melalui carian kata di laman web ini. Sila bantu saya. Terima kasihMemang tidak terdapat kata pemeleh dalam KD terbaharu. Namun begitu perkataan peleh terdapat dalam KD dengan membawa maksud menyapu bedak ke muka. Tetapi kami beranggapan, maksud tersebut bukanlah pengertian sebenar yg sdr kehendaki. Namun begitu terdapat satu perkataan lain dalam KD iaitu pilar yg bermaksud tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb. Mungkin juga perkataan pemeleh itu bukanlah dalam sebutan baku, tetapi dalam sebutan dialek negeri tertentu. Kami berkeyakinan perkataan pilar itulah yg sdr cari. T.kasih.Lain-lain03.09.2008
    Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru.

    Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”,  iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275.

    Tatabahasa20.02.2014
    apakah perbezaan antara pekarangan dengan perkarangan? adakah kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu kawasan halaman? atau batu karang di laut untuk perkarangan?Pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang.Tatabahasa05.10.2014
    Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

    Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

    1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
    2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
    3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
    4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
    5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
    6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
    7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
    8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
    9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
    10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
    11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
    12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
    13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
    14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
    15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
    16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
    17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
    18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
    19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
    Tatabahasa20.01.2015
    PERKARANGAN ATAU PEKARANGANPekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Lain-lain20.06.2010
    apakah perbezaan antara pekarangan dan perkaranganBezanya ialah pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Makna06.01.2010
    12

    Kembali ke atas