Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata S A TAN


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua,

Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur.

Lain-lain02.09.2010
Jiahui Tan Sep 29th, 7:37pm TRACKING BACK MAGAZAINES FOR 3 CONSECUTIVE 3 MONTHS I am Tan Jia Hui with I/C number 981015-04-5334.The purpose that I wrote this e-mail is to complaint regarding the delay service of your company on my subscription of Dewan Siswa magazines 2. In this e-mail, I am going to quote my anger and disappointed towards ypur company 's service and I had been faced the problem of receiving the magazines for 3 consecutive which is frrom July till September 2014. This type of trouble had been faced for several times, and this has reflected how low the efficiency of your company is in delivery service. 3. I had been took sufficient effort trace back all the delay magazines by via email or even by calling your company's contact for quite lots of times , but unfortunately it turned up . Nobody answered or even replied the call or email .This show that how inresponsible your company is. 4. I hope you can settle or handle this level of problems immediately and give a responsible explanation for me through on call at the number 014-7321098. Or else, I will take legal action towards your company on my customer's sight to get the adequate compensation and all the delay magazines. Hope to hear from you as soon as possible to avoid uncessary problems. Thank you!Salam Sejahtera Cik Tan Jia Hui, Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada majalah terbitan DBP. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul kepada pihak Cik Tan dan pelanggan yang lain. Kami amat prihatin terhadap segala aduan yang dikemukakan terhadap penerbitan majalah DBP. Kami berharap agar masalah ini tidak menjejaskan sokongan dan minat pelanggan kepada majalah terbitan DBP. Sebarang masalah yang timbul berhubung dengan urusan langganan majalah, sila hubungi Puan Azah Wahab melalui talian 03-89611834 atau 03-89611836. Sekian, terima kasih.Lain-lain29.09.2014
As salam / selamat sejahtera, Situasi: Ketua Syarikat bergelaran Datuk. Salutasi yang selalu digunakan untuk surat menyurat ialah YBhg. Datuk. Apabila dia meninggalkan tugas atas urusan rasmi, seorang pengganti telah dilantik untuk menjalankan tuga s-tugas beliau. Pengganti tersebut bukan bergelaran Datuk. Soalan saya: Dalam penyediaan dokumen untuk perakuan Ketua Syarikat (di mana dokumen tersebut akan diperakukan oleh pengganti sebagai mewakili Ketua Syarikat), apakah salutasi yang patut digunakan di dalam surat tersebut? Adakah kami perlu menggunakan YBhg. Datuk juga atau tuan sahaja. Mohon nasihat. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat).

Bagi situasi tersebut, saudari boleh menggunakan perkataan "tuan".
Tatabahasa18.07.2013
Mohon dapat pengesahan penyediaan plak perasmian seperti yang contoh dilampirkan. terima kasih.

AUDITORIUM ELYAS OMAR

Tarikh:

9 Disember 2015

 

Dirasmikan oleh:

...........................................................

 

………………………………………………...                        ………………………………………………………..

(TAN S<a name="_GoBack">a>RI DATUK SERI ELYAS BIN OMAR)                                  (DATUK HJ. MHD. AMIN NORDIN BIN ABD. AZIZ)

Tatabahasa19.11.2015
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya sekiranya DBP mempunyai senarai panggilan kehormat untuk Darjah Kebesaran. Contohnya, apakah panggilan kehormat untuk Dato' atau Datuk Seri yang merupakan seorang ahli politik? Apakah panggilan kehormat untuk Menteri/Perdana Menteri? Apakah panggilan kehormat untuk Ketua Jabatan, adakah ia YBhg atau Yang Berusaha? Saya amat menghargai jawapan daripada pihak anda
Sapaan Yang Berhormat atau YB dikhususkan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 
Sapaan Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. pula digunakan untuk seseorang yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin dan sebagainya (yang bukan wakil rakyat).  Sapaan untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ialah Yang Amat Berhormat atau singkatannya YAB. 

"Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan sapaan YBhg.




Tatabahasa12.08.2021

Kembali ke atas