Ejaan dalam Daftar Kata BM: sallallahualaihiwasallam. Dalam Kamus Dewan E4: Sallallahualaihiwasallam. Manakah yang betul? Singkatannya pula saw atau SAW? | Sallallahualaihiwasallam ialah nama khas yang diambil daripada bahasa Arab, oleh itu ejaannya dimulakan dengan huruf besar dan kependekannya SAW. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
Allah swt atau Allah SWT ? Nabi Muhammad saw atau Nabi Muhammad SAW ? | Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 06.02.2010 |
selain daripada perkataan yang merujuk kepada tuhan, perlukah saya meletakkan huruf besar pada awak perkataan yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW? | Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 07.11.2012 |
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
bagaimanakah penggunaan yang betul, singkatan untuk s.w.t. S.W.T. SAW | Singkatan yang betul ialah SWT dan SAW | Lain-lain | 15.08.2007 |
Salam, Saya hendak tahu penggunaan istilah yang betul bagi merujuk kepada pemerintahan empat orang sahabat Nabi Muhammad SAW. Adakah Khulafa' al-Rasyidin atau Khalifah al-Rasyidin? Terima kasih. | Bagi merujuk pemerintahan empat orang sahabat Nabi Muhammad SAW, istilah yang betul ialah Khulafa ar-Rasyidin kerana khulafa ialah bentuk jamak bagi khalifah. | Istilah | 14.09.2012 |
Mohon penjelasan: 1. Apakah ganti nama yang sesuai untuk para nabi selain daripada Nabi Muhammad SAW? Adakah menggunakan kata ganti nama "baginda" juga? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, baginda merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul.Selain Nabi Muhammad SAW, baginda digunakan seperti di atas sahaja. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Salam, benar tak ayat ini dari sudut struktur dan ejaan "Alhamdulillah. syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW Nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, al-Quran dan al-Hadith" ? | Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, iaitu al-Quran dan hadis. | Ejaan | 12.04.2012 |
assalam.saya ingin bertanya mengenai ejaan huruf besar dan huruf kecil. -Allah SWT@s.w.t -Nabi Muhammad s.a.w@SAW -al-Quran dan Hadis -ejaan dalam ayat seperti ...kelebihan mengamalkan hadis@Hadis ini?-->contoh ayat -perkataan seperti contoh hadis qudsi adalah....-->adakah ejaan hadis qudsi adalah kecil atau perkataan awal H dan Q besar? | Ejaan yang betul ialah Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, al-Quran, hadis dan hadis kudsi. | Ejaan | 24.07.2012 |
Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul untuk mengeja kerajaan Islam Mughal/Moghul di India? 2. Ganti nama "baginda" yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar (baginda/Baginda?? Terima kasih | Salam sejahtera, 1. Mughal http://mashajirismail.wordpress.com/2011/02/02/sejarah-peradaban-islam-pada-kerajaan-mughal-india/ 2. Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 27.11.2012 |