Assalamualaikum, SSM telah menerima aduan tentang penggunaan perkataan 'Terfaktab' oleh perniagaan yang didaftarkan atas nama Terfaktab Media. Rujukan kamus dewan (edisi 4, DBP 2010) dan (Kamus Melayu Inggeris DBP 2012) mendapati perkataan tersebut tiada dalam senarai. Rujukan kepada kamus dialek (http://kamusdialek.com), perkataan terfaktab berasal drp perkataan inggeris 'fuck up' yang membawa maksud sedang, telah dan bakal mengalami masalah dan boleh digunakan untuk merujuk sesuatu situasi yang sukar. Mohon penjelasan pihak tuan berkenaan penggunaan perkataan ini samada menyinggung dan membawa maksud yang tidak baik. Terima kasih | Dalam data kami, tiada maklumat mengenai perkataan terfaktab. Perkataan tersebut tidak ada di dalam kamus terbitan DBP. Kami tidak menerima perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Jika melihat dalam Kamus Dialek yang dinyatakan, sekiranya mempunyai konotasi negatif, kami mencadangkan tidak menggunakan perkataan tersebut. Dalam bahasa Melayu banyak lagi perkataan yang mempunyai nilai positif yang boleh digunakan dalam perniagaan. | Makna | 24.10.2013 |
selamat pagi, saya mahu tahu kalau syarikat kami sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... tapi bila saya memohon pegesahan dari DEWAN BAHASA beliau menyuruh saya menggubah menjadi PEJABAT URUSAN PERCETAKAN JET DAKWAT ... setahu saya nama syarikat tidak boleh di tukar ... sebab saya sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... Saya lapir kan sekali fail nya ... | Untuk makluman, perkataan yang perlu ditukar ialah perkataan di bahagian bawah, bukan nama syarikat tersebut yang telah didaftarkan. Perkataan yang perlu ditukar ialah Kami Pakar: Pencetakan Jet Dakwat. Sila buat pembetulan dan hantar semula iklan tersebut melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP | Lain-lain | 08.01.2013 |
Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih. | Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu. | Istilah | 01.02.2012 |
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasih | Dalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal". | Istilah | 08.07.2011 |
Penggunaan nama DAGING CENTRE sebagai nama perniagaan. Mohon petunjuk dari tuan kesalahan gabungan dua perkataan tersebut. untuk makluman tuan, permohonan nama perniagaan DAGING CENTRE ditolak atas alasan percampuran bahasa melayu dang inggeris. Pencampuran bahasa bagi tujuan nama kha, i.e. nama perniagaan sepatutnya tidak menjadi kesalahan. Mohon tuan membantu saya bagi menerangkan kepada SSM tentang perkara ini. Sekian, Terima Kasih Yang Benar Mohd Maliki | Tindakan pihak SSM yang tidak meluluskan penggunaan nama Daging Centre adalah betul kerana wujudnya percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam menamai syarikat tuan. Penamaan Daging Centre juga tidak mencerminkan citra dan jati diri bangsa Malaysia. Undang-undang kecil/akta yang termaktub juga menegaskan supaya penggunaan bahasa Melayu diutamakan, rujuk Seksyen 22, Akta Syarikat 1965 dan Warta Kerajaan Persekutuan, Bil. 4180, Akta Syarikat 1965 (AKTA 125). Tuan juga boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang diterbitkan oleh DBP untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.12.2009 |
i would like to knowthe proper procedure of applying business and signage license | Puan Wong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Untuk mengetahui cara atau prosedur menohon lesen perniagaan dan papan tanda Puan keran berurusan dengan pejabat SSM yang terdekat dengan tempat Puan. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya meluluskan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan pada papan iklan tersebut. | Lain-lain | 22.03.2009 |
Assalamualaikum... Untuk makluman pihak tuan saya ingin memohon lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Saya dimaklumkan oleh MPK bahawa saya kena lawat laman web tuan untuk permohonan lesen. Untuk makluman pihak tuan, saya memerlukan tunjuk ajar dari pihak tuan bagi menyelesaikan masalah saya ini. untuk makluman pihak tuan juga, saya telah mendaftar perniagaan saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama "AZRUL WORKSHOP". Harap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian wassalam. | Untuk pengesahan iklan sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa". Untuk pelanggan yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu dan saudara boleh ikuti panduan dalam ruangan tersebut. Untuk panduan setiap iklan mestilah ada keterangan aktiviti di bahagian atas iklan dengan saiz yang besar dan jelas kelihatan. Jika Azrul Workshop keterangan aktiviti yang sesuai ialah 'BENGKEL' ditulis di baris pertama, nama Azrul Workshop di baris kedua. | Lain-lain | 07.01.2012 |
Assalamualaikum... Untuk makluman pihak tuan saya ingin memohon lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Saya dimaklumkan oleh MPK bahawa saya kena lawat laman web tuan untuk permohonan lesen. Untuk makluman pihak tuan, saya memerlukan tunjuk ajar dari pihak tuan bagi menyelesaikan masalah saya ini. untuk makluman pihak tuan juga, saya telah mendaftar perniagaan saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama "AZRUL WORKSHOP". Harap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian wassalam. | Untuk pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa". Saudara perlu mendaftar untuk kali pertama dan ikuti prosedur seterusnya seperti arahan dalam sistem tersebut. | Lain-lain | 09.12.2011 |
bagaimana mengeja dengan betul perkataan ataupun or atau pun Bolehkah perkataan ini (Malaysia Export Credit Insurance Berhad) dieja dalam bahasa inggeris dalam sesuatu penulisan atau perlu diterjemah | Puan Norhanisah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Ejaan yang betul ialah ataupun. Bagi pertanyaan kedua Malaysia Export Credit Insurance Berhad hendaklah kekal ditulis begini mengikut apa yang telah didaftarkan dengan SSM. terima kasih | Makna | 14.10.2009 |