Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sebelum Masihi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tahun sebelum masihi dan tahun masihi.Tahun masihi dihitung dari tarikh Nabi Isa dilahirkan dan tahun sebelum masihi ialah tahun sebelum peristiwa kelahiran nabi Isa.Makna12.02.2009
apakah maksud neoplatonisme yang mudah untuk difahamiNeoplatonisme adalah cabang ilmu sejarah dan falsafah. Aliran ini diperkenalkan oleh Plato pada abad ketiga Sebelum Masihi. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila buka Wikipedia dan cari Neoplatonisme.Lain-lain31.01.2008
Adakah terdapat istilah dalam Bahasa Melayu untuk melambangkan penggunaan tahun BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era)? Atau penutur boleh serap secara terus penggunaan BCE dan CE dalam penulisan Bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah Before Common Era (B.C.E.) dalam bahasa Melayu ialah Sebelum Masihi (S.M.) dan Common Era (C.E.) ialah Masihi (M.). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.07.2024
apa perbezaan bahasa Sanskrit dan bahasa melayu

Bahasa Sanskrit ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi.

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu yang tergolong dalam cabang Nusantara daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Berkenaan terjemahan nota kaki; 1. e.g. Abu Walid al-Baji al-Maliki (d. 474 A.H./1081 A.C.), apakah terjemahan untuk: i. 'd.' (meninggal) ii. 'A.H' (After Hijrah) iii. 'A.C' / 'A.D' (After Christ/Anno Domini) iv. 'p.' (page) v. 'B.C' (Before Christ) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah i. m. (mati) ii. TH (Tahun Hijrah) ii. TM (Tahun Masihi) iv. SM (Sebelum Masihi)Lain-lain29.12.2013
1. Apa beza nista dengan celaan, terutamanya dari segi penggunaannya dalam konteks yg berlainan? Sila sertakan contoh. 2. Apa singkatan yang terkini bagi (sebelum Masehi) dan (Masehi), ada yg tulis SM dan M, dan ada pula yang tulis S.M. dan M. Mana yg terkini?Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan nista sebagai kata-kata yang bertujuan menghina; cercaan; makian: Segala macam nista dan umpat dihamburkan kepada pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yang keji. 3 rasa malu; aib.  Manakala celaan bermaksud ejekan yang keras; kata-kata yg kesat; kecaman.


Singkatan Sebelum Masihi ditulis sebagai SM
Tatabahasa11.08.2016
Apa beza bahasa kuno dengan bahasa sanskrit?

Bahasa kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan pada zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dan sebagainya. Bahasa Sanskrit pula ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi.

Lain-lain24.08.2023

Kembali ke atas