Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan "SENARAI" diikuti dengan kata ganda. Contoh : "Senarai nama murid-murid....". Kekeliruan muncul kerana pada saya, "Senarai" telah menunjukkan banyak. Macam perkataan "Semua". Kita tidak boleh guna bersama kata ganda. Contoh "Semua murid-murid...". Sepatutnya "Semua murid...."Kata ganda merujuk kepada perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada pengulangan sepenuh (rumah-rumah), (baik-baik) atau sebahagian (lelaki,lauk-pauk). Bagi membantu saudara menjawab persoalan yang dikemukakan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan edisi Baharu atau Buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.Lain-lain25.09.2007
1. Apakah kekurangan dalam ayat ini~'Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-' 2.Bolehkah kita menggunakan ayat yang mempunyai bersama-sama~'Kami pergi ke sana bersama-sama dengan ibu dan bapa.' 3. Berikan satu ayat yang dapat membezakan penggunaan kosa kata 'menyarung' dan 'menyarungkan'1. Tidak ada kesalahan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti". 
2.
Kami pergi ke sana bersama-sama  ibu dan bapa. - Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.
3. Menyarung bermaksud memberi bersarung. Contoh: Dia terus menyarung pakaian. Meyarungkan pula bermaksud memasukkan ke dalam sarung. Contoh: Kemudian Panglima Hitam pun menyarungkan kerisnya kembali. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.
Lain-lain17.09.2015
Yang mana betul: a. Bersama-sama ini dilampirkan... atau b. Bersama ini dilampirkan Yang mana betul: a. Adalah dimaklumkan bahawa tuan telah... atau b. Adalah dimaklumkan tuan telah... Yang mana betul: a. Sehubungan dengan itu .... atau b. Sehubungan itu, ..., Yang mana betul: Di dalam senarai kehadiran mesyuarat perlu ditulis a. YBhg. Dato' Ramli Bin Hamid atau b. Dato' Ramli Bin Hamid (tiada YBhg.)Frasa yang gramatis ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ...", "Sehubungan dengan itu" dan YBhg. Dato' Ramli bin Hamid .Tatabahasa08.05.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejajar dengan hasrat pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk menaik taraf pekan Batu Arang sebagai Bandar Warisan dan pusat pelancongan bersejarah, pihak kami akan menukar papan tanda lama yang terletak di sekitar lokasi Batu Arang. Untuk makluman, papan tanda sedia ada di lokasi merupakan papan tanda dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan dikesan terdapat kesalahan bahasa (Rujuk Lampiran). Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak DBP dapat membantu bagi alih bahasa ke Bahasa Inggeris yang tepat. Dilampirkan bersama senarai papan tanda untuk rujukan dan tindakan pihak DBP selanjutnya. Terima kasih.

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain28.01.2019
Perbezaan antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia Sejarah perkembangan bahasa melayu di kedua-dua negera. Kerana saya sekarang di Beijing, bahan berkenan tidak cukup, bolehkah hantar sebanyak mungkin bahan berkenanan kepada saya. terima kasih banyak.

Saudari Amirah Beijing,

Bersama-sama ini disertakan senarai buku yang berkaitan dengan tugasan pembelajaran saudari di BFSU Beijing.  Oleh sebab  kedudukan georafi sdri yang jauh, sdri dicadangkan menghubungi pegawai pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu, untuk mengadakan perbincangan tentang perolehan pinjaman atau penghantaran bahan secara digital. Pegawai Pustakawan tersebut ialah Encik Nik Aman Nik Yusof e-mel:aman@dbp.gov.my atau Encik Mohd. Hiezam Hashim e-mel: izammh@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih,

Razali Che Mat

Pegawai Komunikasi Korporat DBP

razali3@dbp.gov.my

Bahasa dan pemikiran Melayu / Indonesia menyongsong 2025[tiada pengarang]Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2007

Bahasa dan Pemikiran Melayu/IndonesiaDarwis Harahap (penyl.), Abd. Jalil Hj. Annuar (penyl.)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan

Bentuk-bentuk kata bahasa Melayu dan IndonesiaMusa DaiaPustaka Aman Press1974

Morfologi-sintaksis bahasa Melayu (Malaya) dan bahasa Indonesia: satu perbandingan polaAsmah Haji OmarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1968
Lain-lain04.06.2008
Sektor Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam proses pindaan Akta Penyakit Berjangkit 1988. Pihak Jabatan Peguam Negara telah meminta penjelasan lanjut mengenai penggunaan kata nama bagi penyakit berjangkit sama ada "Kata Nama Khas" bagi penyakit perlu digunakan atau tidak. Mohon kerjasama dari pihak tuan/puan mengenai perkara ini. Bersama ini dilampirkan senarai penyakit untuk pengesahan tuan/puan.

Sila rujuk lampiran yang diberikan. Sila layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk semakan terjemahan dalam bahasa Melayu

Makna21.11.2016
selamat sejahtera, di sini saya ingin mendapatkan senarai perubahan perkataan. contohnya perkataan 'bahasa Melayu' ditukar kepada 'bahasa Malaysia', 'di kalangan' ditukar kepada 'dalam kalangan' dan sebagainya. sekian terima kasih.Selagi Perkara 152 Perlembagan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. Sementara dalam ungkapan 'di kalangan', kata sendi nama 'di' merujuk kepada tempat sahaja manakala kata sendi nama 'dalam' lebih sesuai digunakan kerana hadir dihadapan kata nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Oleh itu, 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan.Tatabahasa25.09.2007
Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Kalau tidak, sila berikan pembetulannya. Terima kasih. 1 Stesen-stesen minyak di bandar-bandar semakan bertambah. [bolehkah stesen-stesen minyak dan banda-bandar digunakan bersama-sama seperti ayat ini.] 2 Nama-nama peserta-peserta sudah kami sediakan. [Yang manakah betul: Nama-nama peserta atau nama peserta-peserta.Ayat yang betul:
1 Stesen minyak di kawasan bandar semakan bertambah.
2 Nama/senarai peserta sudah kami sediakan.
Tatabahasa16.10.2015
Tuan, didalam buku aturcara yang dihadiri oleh Sultan terdapat Nanyian Lagu Negara Ku dan lagu Negeri adakah betul didalam buku aturcara disebut Lagu Negara Ku di mainkan atau didendangkan atau tidak disebut terus, apa pandangan tuan, terima kasihDalam senarai atur cara yang betul ialah Nyanyian Lagu Negaraku, bermaksud tidak hanya lagu negaraku dimainkan tetapi hadirin bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.Lain-lain17.02.2010
Assalamualaikum dan salam hormat..Saya Aishah abdul malek pelajar dari fakulti pendidikan UM, saya ingin mencari panel penulis dari kalangan penulis kaum india dan cina untuk kajian saya ttg cerita rakyat. Begitu juga cerita rakyat tentang orang asli dan peribumi sabah dan sarawak..bagaimana untuk saya mencari penulis ini?mohonn bantuan dari pihak DBP untuk bantuan..terima kasih

Salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama penulis yang ada dalam senarai DBP yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk cerita rakyat tentang orang asli dan peribumi sabah dan Sarawak

1.     Nama: Angela Engkuan / E-mel: elaalegna@yahoo.com / No. Tel.: 013-8678087 (Sabah)

           2.     Nama: Batik Anak Bidin / E-mel: evebidin@hotmail.com  / No. Tel.: 19-8479582 (Sarawak)

3.     Nama: John Anak Empenit / E-mel: johnempenit@yahoo.com  / No. Tel.: 013-8192027 (Sarawak)

4.     Nama: Ngadit Anak Sawing / E-mel: aditpkgkapit@gmail.com / No. Tel.: 017-8567112 (Sarawak)

5.     Nama: Chong Chien Chien / E-mel: sheep7963@yahoo.com / No. Tel.: 011-15260899 (Sarawak)

Lain-lain23.01.2020
12

Kembali ke atas