apakah perbezaan maksud seni dan kesenian? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam. | Makna | 26.12.2006 |
Assalmualikum, saya ingin mengetahui lebih lanjut, perihal takrifan Instalasi dalam konteks seni sezaman. Seni Instalasi merupakan suatu aliran seni rupa yang penting di alaf ini, tapi malangnya takrifan dalam konteks seni tidak ada. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "instalasi' ditakrifkan sebagai 1. istiadat pelantikan (penabalan dll); 2. perihal mengatur (memasang) alatan rumah dan lain-lain. Kami tidak mempunyai maklumat tentang takrif "instalasi" dalam bidang seni. | Makna | 03.03.2013 |
apakah perbezaan antara persuratan melayu dan kesusasteraan melayu? saya gak keliru antara dua istilah ini. | Persuratan membawa maksud perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan. Manakala, kesusasteraan membawa maksud 1. seni yg menggambarkan keindahan dgn bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera. Maknanya, persuratan lebih berfokus kepada tulis-menulis dan kesusasteraan lebih luas skopnya dan memfokus kepada sastera. | Makna | 27.05.2014 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu, ayat yang manakah betul. 1. karya seni mempunyai nilai estetika. 2. karya seni mempunyai nilai estetik. Terima kasih | Karya seni mempunyai nilai estetik. | Tatabahasa | 24.06.2016 |
bagaimanakah menghasilkan karangan yang berkualiti? | Sila rujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004 | Lain-lain | 29.07.2007 |
soalan 1) apakah maksud "bahasa"? 2) apakah maksud "badan"? 3) apakah maksud "seni"? 4) apakah maksud "berbahasa"? 5) apakah maksud "bahasa badan"? 6) apakah maksud "seni baerbahasa"? 7) apakah maksud "bahasa badan seni berbahasa"? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia. Badan ialah tubuh, jasad (manusia). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 13.01.2009 |
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya? | Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 22.01.2007 |
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih. | Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. | Tatabahasa | 04.05.2020 |
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 | Lain-lain | 23.07.2007 |
Antara yang berikut yang manakah betul? 1. Pertandingan seni kecantikan ayam serama 2. Pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama | Menurut data kami, frasa yang betul ialah "Pertandingan Kecantikan Ayam Serama" | Lain-lain | 09.08.2016 |