| Settlement agent untuk membeli rumah. Apakah istilahnya dalam Bahasa Malaysia? | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai terjemahan berkenaan istilah "settlement agent" dalam bahasa Melayu. Akan tetapi, kami mencadangkan padanannya sebagai "ejen penyelesaian". | Istilah | 09.12.2015 |
| Salam Sejahtera, boleh berikan saya maksud untuk "Credit Card settlement receipt" ? Terima Kasih | Kami mencadangkan maksud bagi perkataan tersebut ialah resit penyelesaian kad kredit. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.06.2015 |
| Tuan, Saya ingin bertanya apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk "forward asset purchase". Forward asset purchase: A financial term. It refers to purchase of assets (e.g. bonds) of which the settlement date is a future date. Sekian. Terima kasih. | Terjemahan forward asset purchase belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan belian aset ke hadapan sebagai padanan terjemahan frasa tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.09.2010 |
| Salam tuan/puan, Apakah terjemahan bahasa Inggeris untuk istilah 'penempatan sementara'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "penempatan sementara" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "petempatan sementara" yang padanan bahasa Inggerisnya ialah temporary settlement. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.12.2014 |
| Pohon pihak tuan kemukakan cadangan padanan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang dilampirkan. Terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah parade ialah jalan pawai, Order in Council ialah Perintah dalam Majlis Mesyuarat, Ruler in Council ialah Raja dalam Mesyuarat, Order of the King in Council ialah Perintah Raja dalam Majlis Mesyuarat, Federal Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, State Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Settlement Executive Council of a Settlement ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selat bagi sebuah Negeri Selat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.04.2023 |
| Salam sejahtera tuan/puan, Apakah padanan yang sesuai bagi istilah process order dalam konteks industri pembuatan? Sedikit penjelasan berkaitan process order bersumberkan wikipedia: Process orders are used for the production of materials or for rendering of services in a specific quantity on a specific date. They enable the planning of resources, control of process order management, and specify the rules for account assignment and order settlement. Sekian, terima kasih. | Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bahasa Melayu bagi perkataan process order. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan arahan proses bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2017 |