Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sg


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan perkataan yang disingkatkan ejaannya seperti dgn, dll, skg diterima pakai sebagai penggunaan yang betul dalam satu-satu pembinaan ayat. Jika dibenarkan berapa banyak perkataan singkatan yang diiktiraf oleh DBP. Terima kasihTidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan jln. untuk jalan.Tatabahasa17.09.2010
Saya pernah menjadi peserta penulisan kreatif JPS dan DBP pada 13 Mei 2011. Saya mempunyai koleksi cerpen dan puisi. Solaan saya: 1. Saya ingin menerbitkan karya-karya saya, sebagai bukti untuk mendorong pelajar-pelaar saya di sekolah, bagaimana langkah permulaannya?. 2. Beberapa karya saya yang diterbitkan di Berita Harian, bolehkah diterbitkan melalui DBP? Saya seorang guru di SAM(T) Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis,Saudara boleh menghantar karya sastera berupa sajak, cerpen dan lain-lain kepada Puan Rozninah Abd. Azib, Editor majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur melalui e-mel beliau: rozninah@dbp.gov.my atau Puan Puan Haziah Che Husin, Penolong Editor majalah Dewan Sastera melalui e-mel: haziah@dbp.gov.my. Untuk makluman saudara pihak penerbit yang telah menerbitkan sesuatu karya menjadi pemegang hak cipta karya berkenaan.  Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010. Lain-lain11.07.2011
Dari segi penggunaan dalam penulisan Pentadbiran Pejabat {apakah perkataan singkatan} yang boleh diguna pakai bagi perkataan ( Pengurusan ) dan ( Pembangunan ). 1. Adakah Pengurusan bagi singkatan (Pg) atau (P) Atau 2. Adakah Pembangunan bagi (P) atau (Pg) Apakah singkatan perkataan yang betul bagi dua-dua perkataan di atas? Sekian, terima kasih. t.t. (Rusli b. Kamaruddin) PA. YB. DatoTidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan jln. untuk jalan. Kata seperti pengurusan dan pembangunan tidak dikenali singakatannya sebab jarang-jarang digunakan, walau bagaimanapun tidak salah untuk pihak tuan mengadakan singkatan bagi perkataan tersebut asalkan boleh difahami oleh khalayak.Tatabahasa17.03.2011
Salam tuan, Saya ingin membuat kependekan bagi perkataan berikut: 1. halaman: hal. atau hlm. Yg mana lebih tepat? 2. tanpa tarikh: t.t. atau ..... Mohon cadangan? 3. tanpa penerbit: t.p. atau ..... Mohon cadangan? 4. tanpa tempat penerbit: t.t.p. atau ..... Mohon cadangan? 5. tanpa pengarang: ??? Mohon cadangan? Terima kasih dan salam. SiblyTidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya merujuk perkataan yang biasa digunakan dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan hlm. untuk halaman. Walau bagaimanapun untuk perkataan yang jarang digunakan atau penggunaannya terhad dalam konteks tertentu perlulah dieja penuh bagi mengelakkan kekeliruan seperti ungkapan 'tanpa tarikh' dan 'tanpa penerbit'.Tatabahasa07.03.2011
Saya melakukan kajian mengenai novel Rentak Galur karya Sarimah Othman dan novel Epilog Sekeping Hati karya Nurul Salwa Abdul Muluk.Jadi saya ingin menghubungi kedua-dua pengarang tersebut.Oleh itu, saya ingin meminta maklumat mengenai kedua-dua pengarang sekiranya DBP mempunyai maklumat mengenai mereka.Terima kasih.

Maklumat dua (2) orang penulis yang dipohon adalah seperti yang berikut:

1) Novel: Rentak Galur

Nama penulis: Sarimah Othman

Alamat: 52, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 016-7634207 atau 04-5308760 (Rumah di P/Pinang).

No. E-mel: im-othman@yahoo.com

 

2) Novel: Epilog Sekeping Hati

Nama penulis: Nurul Salwa Abdul Muluk

Alamat: 24, Jalan SG 9/1, Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 012-2507498

No. E-mel: gurl_wawa@yahoo.com 

 

Lain-lain28.05.2008

Kembali ke atas