Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sebahagian drpd nama orang Sikh, yg menandakan ia seorang lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Singh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:20pm Kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:20pm Apakah perbezaan sukar dan susah Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:21pm Dan apakah perbezaan jawapan dan jawaban? Adakah jawapan masih boleh diguna?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, makna perkataan sukar adalah susah. Kedua-dua perkataan tersbeut sama makna. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.Ejaan27.02.2015
Rajvinderjeet Singh Mar 3rd, 1:47pm Saya ingit bertanyakan tentang hukum DM. Apakah itu hukum DMDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Mar 3rd, 3:49pm Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Restoran Hasanah, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan. Contohnya:Perdana Menteri.Istilah03.03.2015
Dalam setiap ayat di bawah ini , terdapat satu kesalahan bahasa.Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Segelintir murid-murid yang sedang merokok telah ditangkap oleh guru disiplin yang sedang berada di kawasan tandas. 2 Susu lembu yang dipelihara oleh Sarjit Singh telah dicuri oleh beberapa orang berdekatan dengan kampungnya. 3 Kementerian Pertahanan akan membeli senata yang canggih untuk memperteguhkan pertahanan negara.Dalam setiap ayat yang dikemukakan terdapat lebih dari satu kesalahan bahasa. Untuk rujukan berkaitan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merangkumi pelbagai pedoman berkaitan penggunaan tatabahasa bahasa Melayu yang betul.Tatabahasa16.10.2017
apakah yang dimaksudkan kepuasan kerja dalam sukan,budaya kerja dalam sukan,subordinat dalam sukan dan formalisasi dalam sukan.

Sila rujuk artikel majalah dibawah. Terima kasih

TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN TERBITAN

Atlit Malaysia dan pengurusan sukan | W. R. Jitto | Dewan Budaya | 01/05/1998

Cabaran meningkatkan industri sukan | | Dewan Ekonomi | 01/09/1996

Industri sukan berpotensi luas (diwawancara oleh Amin Shakib) | Khoo Kay Kim | Dewan Ekonomi | 01/09/1996

Ke mana haluan industri sukan? | Amin Shakib | Dewan Ekonomi | 01/09/1996

Perancangan sukan | Shahar Ashari | Dewan Siswa | 01/04/1990

Profesionalisme dalam sukan | Azmi Khairi Zainin | Dewan Masyarakat | 01/10/1994

Profesionalisme penyelamat industri sukan | Afiq Nuradli | Dewan Ekonomi | 01/09/1996

Sukan dan pembangunan negara | Singh">Kushel Singh | Dewan Siswa | 01/05/1998

Lain-lain20.07.2008

Kembali ke atas