| Saya adalah guru Perpustakaan & Media di SK Iskandar Perdana. Pada 4 Julai 2013 yang lalu Pusat Sumber sekolah saya telah menjemput Ketua Pengerah Dewan Bahasa dan Pustaka , Datuk Dr Awang B Sariyan datang ke sekolah saya untuk perasmian Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu tahun ini saya mewakili pihak sekolah ingin membuat lawatan penanda aras ke DBP ( guru & murid) untuk meluaskan lagi pengetahuan dan mengenali DBP dengan lebih dekat lagi. Bagaimanakah caranya dan prosedur untuk saya membuat lawatan ke sana? Apakah alamat dan pihak yang boleh dihubungi? Terima kasih. Pengurus lawatan: Pn Zurina Bt Ahmad SK Iskandar Perdana, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: h/p: 0195037796 Tel Sekolah: 05 3711584 | Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.07.2014 |
| mohon jelaskan perbezaan kata sendi nama dari dan daripada, di dalam buku teks Bahasa Melayu SK tahun 4 muka surat 61 " Aku terjaga daripada tidur setelah...." mengapa menggunakan perkataan daripada.. sekian terima kasih | dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah daripada. | Tatabahasa | 11.04.2011 |
| Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Dia berasal dari negeri Pahang. 2. Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 3. Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 4. Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong, Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya) 5. Dia berasal dari negara Jepun. 6. Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Tatabahasa | 10.05.2009 |
| QR Kod di dalam buku teks sejarah tahun 4 tidak lagi berfungsi. Contoh-contol URL selepas imbas QR Kod. http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=2022 Di manakan boleh maklumat ini boleh didapati sekarang? | Hasil semakan pihak kami, tiada masalah untuk mengakses kod QR dalam buku teks Sejarah Tahun 4 SK. Mohon kerjasama saudara untuk mencuba sekali lagi. | Lain-lain | 15.07.2023 |
| Sumang Wahid MON 4:17PM Sumang Wahid Sumang Hi. Saya cuma ingin beritahu ada sedikit ralat dalam Activity Book English Year 3 SK. Unit 13, muka surat 82. Lajur 7 baris 2 (ke bawah) TWENTYSIX. Terima kasih. | Selamat pagi. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Pihak kami akan membuat pembetulan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.08.2016 |
| Saya pelajar tahun 6 SK Desa Pandan. Mohon penjelasan bagi penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi soalan dibawah ; Nenek Tumiah mengambil beberapa .................... kayu api untuk membakar ikan keli. A.bilah B.keping C.batang D.puntung Kami yang menjawap D.puntung telah dipersalahkan Guru. Sedangkan menurut ; Diantara erti dan penggunaan penjodoh bilangan 'Puntung' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat : 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah. Mohon penjelasan tentang isu ini. Kami takut dengan Guru ini kerana sikapnya yang pantang dicabar pendapatnya. | Jawapan yang betul ialah D. puntung kerana puntung menjadi penjodoh bilangan untukk keratan kayu yang pendek-pendek seperti kayu api. Jawapan lain yang hamir betul ialah C. batang tetapi batang menjadi penjodoh bilangan bagi benda yang panjang. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
| ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
| ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
| ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT BADAN CEMERLANG SDN. BHD BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
| 1. Bapa saya pergi ke tempat kerja dengan memandu kereta/menaiki kereta. atau boleh diterima kedua-duanya? Terima kasih. 2. Bila kita bubuh nama pada kata nama yang akan bertukar menjadi kata nama khas, adakah semua huruf awal perkataan perlu tukar jadi huruf besar. Contoh: majalah Pintar sepatutnya Majalah Pintar. tahun/kelas 2 Bestari sepatutnya Tahun/Kelas 2 Bestari. 3. Adakah tanda titik wajib ditulis dalam singkatan? contohnya SK Taman Indah sepatutnya S.K. Taman Indah? pusat beli-belah Aeon sepatutnya Pusat Beli-Belah Aeon/AEON? Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan supaya saya tidak salah didik anak-anak murid kita. | 1. Kedua-dua perkataan, iaitu memandu kereta/menaiki kereta boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. 2. Jika Majalah Pintar merupakan kata nama khas, permulaan perkataan perlu ditulis dengan huruf besar. Walau bagaimanapun, jika nama khas hanyalah nama majalah sahaja, iaitu Pintar, permulaan huruf bagi perkataan majalah, tidak boleh ditulis dengan huruf besar kecuali jika kedudukannya di hadapan ayat. Contohnya, majalah Dewan Bahasa. 3. Penggunaan perkataan yang betul ialah Kelas 2 Bestari. 4. Penggunaan perkataan dan penulisan yang betul ialah SK Taman Indah. 5. Penggunaan perkataan dan penulisan yang betul ialah Pusat Beli-belah AEON. | Tatabahasa | 01.03.2021 |