Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Sebelum Masihi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : simbol kimia bagi samarium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya guru di SM Teknik. Kami mengadakan program penerangan di sekolah-sekolah berhampiran tentang SM Teknik yang kami istilahkan sebagai Outreach. Apakah istilah bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "outreach"

Puan,

Program "outreach" boleh diterjemahkan menjadi program khidmat masyarakat. Dalam program tersebut boleh diadakan pelbagai aktiviti seperti sesi taklimat, ceramah dsb.   

Istilah28.11.2010
Assalammualaikum dan Selamat Tengahari, Saya ingin mengajukan satu soalan. Dalam penulisan buku untuk penggunaan simbol ukuran sentimeter yang manakah digunakan ketika ini.samaada sm or cm?ini untuk buku penerbitan dalam bahasa melayu.Bolehkah saya menggunakan cm kerana jika dilihat sekarang ini kebanyakkan buku menggunakan cm berbanding sm.Oleh itu, saya ingin meminta pandangan pihak DBP dalam penggunaan simbol ini. sekian terima kasih. Sekian terima kasih.Dalam bentuk ejaan penuh ialah sentimeter, manakala kependekannya ialah cm.Tatabahasa06.05.2011
SAYA PELAJAR TINGKATAN EMPAT SM SAINS ALAM SHAH BERMINAT UNTUK MENYERTAI KEM PENULISAN MUDA YANG AKAN DIADAKAN DI DBP.SOALAN SAYA:BAGAIMANA DENGAN TEMPAT PENGINAPAN?BERAPA KOS YANG PERLU SAYA BAYAR BAGI KEM INI?SIAPA PENCERAMAH DI KEM INI NANTI?untuk keterangan lanjut tuan boleh menghubungi Encik Shahrun Nizal bin Mohd Noor di talian 03-24182345Tatabahasa12.11.2007
Saya seorang guru cemerlang Bahasa Melayu di SM Teknik Dungun. Saya berminat untuk menjadi penulis dalam majalah Dewan Siswa dan Pelita Bahasa. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya cara-cara untuk menjadi penulis untuk majalah tersebut. Sekian. Terima kasih.

Dewan Siswa majalah untuk remaja, maka makalah bahasa yang disiarkannya adalah tentang penggunaan bahasa dalam karya kreatif. Pelita Bahasa pula majalah tentang bimbingan bahasa, maka makalah bahasa di dalamnya  haruslah memenuhi matlamat ini.

 

Lain-lain05.02.2010
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllahWaalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam.Lain-lain01.08.2010
Assalamualaikum Wbt. Salam Syawal. Saya Ridhwan, dari Mansoura Egypt. Maaf, saya hanya ingin bertanyakan tentang SALURAN KARYA puisi atau cerpen untuk dihantar/dimuatkan ke dalam majalah; bagi mereka yang berada di luar negara seperti saya. Kerana, jika berada di Malaysia para penulis perlu hantar karya tersebut melalui pos. Jika dari luar negara? Mohon penerangan/pencerahan. Ridhwan SMSalam tuan. terima kasih atas sokongan tuan kepada majalah terbitan DBP dan kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk karya daripada penulis yang berada di luar negara seperti tuan. Tuan boleh menghantar sebarang karya terus kepada editor majalah atau tuan bolehlah  juga menghantar bahan tersebut kepada ketua editor majalah melalui alamat e-mel,   zubaidi@dbp.gov.my dan ketua editor akan mengagihkan bahan tersebut kepada majalah yang terlibat.Lain-lain29.08.2012
Bagaimana saya memohon sebarang kekosongan jawatan di DBP?Saya lulusan Diploma tapi tidak mempunyai pekerjaan buat masa ini dan sangat memerlukan pekerjaan yang tetap.Saya sudah mencuba untuk membuka borang kosong melalui Intenet tapi tidak berjaya.Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dengan memuat turun melalui laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 54000 Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25 sm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri.Lain-lain28.04.2008

Kembali ke atas