| salam sejahtera tuan, kemusykilan saya; 1. adakah 'differentiation strategy' boleh diterjemahkan kpd strategi pembezaan atau strategi perbezaan? 'differentiation strategy' merupakan strategi yg dgunakan oleh syarikat bagi menampilkan imej dan kualiti produk/servis yg berbeza. 2. adakah 'low cost strategy' boleh diterjemahkan kepada strategi kos rendah. 'low cost strategy' merupakan strategi syarikat untuk menawarkan harga rendah kepada pelanggan. terima kasih. | 1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "differentiation strategy". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "differentiation" ialah pembezaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah strategi pembezaan. 2. Istilah bahasa Melayu untuk "low cost strategy" ialah strategi kos rendah. | Istilah | 21.02.2013 |
| Nama Jawatan 1) Head Strategy & Engagement Dan 2) Head Stakeholder Management dalam Bahasa Melayu | Cadangan terjemahan: ) Head Strategy & Engagement = Ketua Strategi dan Pelibatan 2) Head Stakeholder Management = Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2019 |
| Mohon cadangkan nama Jawatan 1) Head Strategy & Engagement 2) Head Stakeholder Management dalam istilah Bahasa Melayu. Terima kasih | Cadangan terjemahan: ) Head Strategy & Engagement = Ketua Strategi dan Pelibatan 2) Head Stakeholder Management = Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2019 |
| Saya ingin bertanya mengenai perbezaan atau persamaan istilah "strategic thrust", "core strategy", "teras strategik" dan "tujahan strategik". | Berdasarkan rujukan kami, terdapat istilah strategic thrust yang dipadankan sebagai asakan strategik. Untuk maklumat istilah yang lain, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif atau bidang yang berkaitan. | Istilah | 18.05.2022 |
| Asssalam, Saya perlu khidmat nasihat untuk penterjemahan nama jabatan di bawah "HR Governance, People Strategy & Planning, Global Human Resource Partner Upstream" Tadbir Urus Sumber Manusia, Strategi dan Perancangan Sumber Manusia, Rakan Sumber Manusia Global Urus Niaga Huluan Terima Kasih | Tadbir Urus Sumber Manusia, Strategi dan Perancangan Sumber Manusia, Rakan Sumber Manusia Global Urus Niaga Huluan Terjemahan tersebut adalah betul. | Makna | 05.01.2022 |
| Jika "analysis" adalah "analisis", apakah "analytics" dalam Bahasa Malaysia? Contoh penggunaan: "We need marketing strategy solutions derived from big data analytics." | Dalam Bahasa Melayu ada perkataan analisis dan analitik, malah analytic itu sendiri kadangkala diterjemahkan kepada analisis atau analitik. Oleh itu kami mencadangkan tuan melihat kepada fungsi perkataan tersebut dalam ayat. Jika adjektif perkataan yang sesuai ialah analitik, manakala jika kata nama atau kata kerja perkataan yang sesuai ialah analisis atau menganalisis. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2017 |
| Tuan/Puan, Mohon pencerahan samada akronim yang berasal dari Bahasa Inggeris seperti NBOS (National Blue Ocean Strategy), UTC (Urban Transformation Center), WHO (World Health Organization) dll perlu ditulis dalam italik? | Tuan/puan yang budiman, Akronim dalam bahasa Inggeris seperti NBOS, UTC, WHO dan sebagainya tidak perlu ditulis menggunakan fon italik. | Lain-lain | 12.12.2017 |
| Penggunaan Italic/Tulisan Condong (Italic) Soalan saya, untuk penulisan dalam courseware (pembangunan bahan kursus multimedia), jika ada pecampuran Bahasa Melayu dan Inggeris: 1) Jika perkataan 'bahasa asing' di dalam kurungan () sama ada perlu italik atau tidak. Contoh: Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diadakan pada... 2) Untuk penyingkatan (abbreviation) perkataan, perlu italic atau tidak? Contoh: Blue Ocean Strategy merupakan suatu amalan kepimpinan yang sistematik. B.O.L. perlu dilaksanakan pada setiap organisasi. (merujuk kepada penyingkatan B.O.L.) Sekian, terima kasih | Menurut data kami, cara penulisan yang betul ialah Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan perkataan tersebut tidak perlu (NBOS) tidak perlu diitalik.
| Lain-lain | 15.05.2017 |
| Salam Sejahtera. Tuan/Puan, saya ingin mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai/tepat untuk menterjemahkan "entrepreneur intentions to exit" khususnya perkataan "exit" dengan merujuk kenyataan, "we focus on entrepreneur intentions to exit by a particular strategy, rather than actual exits. The theory of planned behavior, and its application in the entrepreneurship context, suggests that entrepreneurship involves primarily intentional planned behavior, and the intentions literature ‘‘clearly demonstrates that intentions are the single best predictor of planned behaviors." | Cadangan terjemahan bagi entrepreneur intentions to exit ialah hasrat usahawan untuk keluar. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2018 |
| Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang terjemahan frasa-frasa berikut: (1) a moderately prosperous society in all respects (masyarakat yang sederhana makmur secara menyeluruh), (2) The Five-Sphere Integrated Plan (Rancangan Bersepadu Lima Aspek), (3)The Four-Pronged Comprehensive Strategy (Strategi Komprehensif/menyeluruh Empat Serampang), (4)Take Targeted Measures Against Poverty (mengambil langkah bersasar bagi membasmi kemiskinan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan/Puan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Berikan juga nama penuh, jawatan, alamat dan nombor telefon. Pihak kami akan menyediakan sebut harga berserta tempoh penyemakan. Sila hantar semula soalan satu per satu atau hanya soalan yang benar-benar mengelirukan untuk kami bantu dari aspek tatabahasa, contohnya penggunaan kata sendi nama, kata hubung atau tanda baca. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2025 |