Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Study


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perkataan lain untuk belajar sendiri (self study?)Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi self -study ialah belajar sendiri yang digunakan dalam bidang pendidikan. Sila layari study">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=self+study untuk lebih lanjut.Tatabahasa13.06.2014
bolehkah istilah longitudinal study diterjemahkan sebagai kajian jangka panjang?Istilah bahasa Melayu untuk "longitudinal study" ialah kajian membujur atau kajian longitudinal.Istilah28.11.2016
terjemaahan kepada desktop studyCadangan padanan bagi istilah desktop study dalam bahasa Melayu ialah kajian rujukan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.02.2025
Assalam.. "study limitation" = LIMITASI / PENGEHADAN / HAD / BATASAN/ PEMBATASAN kajian; manakah antara berikut yang bersesuaian ? Terima kasihMaksud yang sesuai bagi Study Limitation ialah  Pengehadan atau Pembatasan KajianMakna31.05.2016
Tuan/Puan, Adakah terjemahan di bawah betul. Sumber: The study doctor decides that the study is not in your best interest Sasaran: Doktor kajian memutuskan bahawa kajian itu bukan untuk kepentingan terbaik anda Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan ialah:







Doktor kajian memutuskan bahawa kajian tersebut bukan kajian yang terbaik untuk anda.
Makna22.06.2021
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Apakah terjemahan yang tepat bagi 'A Study of Complex Euler Equation'? Terima kasih.Waalaikumussalam. Terjemahan yang sesuai bagi A Study of Complex Euler Equation ialah Kajian Persamaan Euler Kompleks.Istilah02.02.2017
Tuan/Puan, Mohon berikan padangan yang bersesuaian untuk "become pregnant" dalam ayat di bawah. Sumber: If your partner becomes pregnant during the study, you should tell the study doctor immediately. Sasaran: 1. JJika pasangan anda hamil semasa kajian, anda hendaklah memberitahu doktor kajian dengan segera. atau 2. Jika pasangan anda menjadi hamil semasa kajian, anda hendaklah memberitahu doktor kajian dengan segera. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "become pregnant" diterjemahkan sebagai "hamil". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
Tuan/Puan, Mohon bantuan tuan/puan untuk menentukan padanan yang sesuai dalam ayat di bawah: Sumber: The Study Doctor will share these results with you. Sasaran yang dicadangkan: 1. Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini dengan anda. 2. Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini bersama anda. Sumber 2: Rather, some of these activities may be done at your home or at another suitable “offsite” location following discussion with your Study Doctor. Sasaran yang dicadangkan: Sebaliknya, beberapa aktiviti ini mungkin dijalankan di rumah anda atau di lokasi "luar tapak kajian" yang sesuai setelah berbincang dengan Doktor Kajian anda. Kerjasama pihak tuan/paun didahului dengan ucapan terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 

1. The Study Doctor will share these results with you.

Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini dengan anda. 

2. Rather, some of these activities may be done at your home or at another suitable “offsite” location following discussion with your Study Doctor.

Sebaliknya, beberapa aktiviti mungkin dijalankan di rumah anda atau di luar kawasan kajian yang sesuai setelah berbincang dengan Doktor Kajian anda. 



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna10.06.2021
'Experiments are performed to study the effect of regularization parameter' ; apabila diterjemahkan ayat ini akan menjadi : ' Ujikaji dilakukan untuk mengkaji kesan parameter "regularization"'. Apakah istilah yang tepat untuk "regularization" ?terdapat beberapa cadangan untuk terjemahan di atas.walau bagaimanapun penggunaannya adalah mengikut konteks ayat. 1. mengikut aturan (UDG) 2. tetap (DIDIK) 3. regular (UBAT) 4. pengatur (KIM)Tatabahasa16.08.2007
saya ingin bertanya tentang perkataan study (belajar) yang dimelayukan adakah studi. perkataan ini saya tonton di saluran astro tutor untuk peperiksaan -- program misi studi upsr, spm, PT3. dewasa ini banyak kekeliruan bahasa berlaku. dah jadi macam indonesia

Perkataan studi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Kami ambil maklum pandangan puan terhadap kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dan bersama-samalah kita berusaha mempopularkan kata asli Melayu yang telah mengungkapkan makna yang terkandung dalam perkataan tersebut.

Tatabahasa30.06.2019
1234

Kembali ke atas