Apakah terjemahan Bahasa Melayu paling sesuai untuk perkataan 'superhero'? | Cadangan terjemahan superhero ke dalam bahasa Melayu ialah adi wira. | Istilah | 08.04.2013 |
Terjemahan kepada superhero adakah adi wira dalam dua perkataan atau adiwira satu perkataan. | Dua perkataan adi wira. | Ejaan | 24.04.2019 |
Assalamualaikum tuan/puan. Soalan saya, bolehkan menggunakan perkataan "adiwira" bagi maksud "superhero"? Jika tidak boleh, bolehkah pihak tuan/puan cadangkan perkataan yang sesuai untuk "superhero"? | Untuk makluman, istilah yang diberikan boleh digunakan, iaitu adiwira. | Istilah | 26.09.2017 |
Salam, Terdapat banyak khidmat nasihat yang mengkonfiuskan untuk perkataan "Superhero". Ada yang mengatakan adiwira, ada yang kata kena jarakkan supaya jadi adi wira. Bolehkan DBP tolong beri satu jawapan muktamad dan hapuskan kenyataan yang salah agar tiada orang akan bingung lagi dengan penggunaan kata sebenar superhero ini. Terima kasih! | Untuk pengetahuan tuan, perkataan 'adiwira' belum di masukkan sebagai entri perkataan bahasa Melayu dalam kamus. Perkataan 'adiwira' perlu dieja sebagi satu perkataan yang agak sinonim dengan penggunaan perkataan lain yang berawalan 'adi' seperti 'adikuasa', adiraja'. | Istilah | 22.05.2019 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hero diterjemahkan sebagai wira di dalam Bahasa Melayu, manakala superhero diterjemahkan sebagai adiwira (saya tidak pasti samada adiwira ditulis dengan jarak atau tidak.). Jadi, bolehkah saya menterjemahkan istilah - istilah komik seperti "super strength", "super speed" dan "super hearing" sebagai "adi kuat", "adi laju" dan "adi dengar/rungu(pendengaran dalam bahasa indonesia)? Terima kasih. | Istilah yang dicadangkan boleh digunakan dan perlu dieja sebagai satu perkataan, iaitu adikuat, adilaju dan adidengar | Istilah | 18.07.2016 |