Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Aku Janji atau Akur Janji? Apakah perbezaannya?Salam sejahtera saudara.

Perkataan yang tepat ialah aku janji, bukan akur janji
Dalam konteks penggunaan seperti pada lampiran tuan, frasa aku janji pelajar adalah betul. Contoh frasa lain untuk menunjukkan penggunaan aku janji ialah surat aku janji.
Perbezaan ditunjukkan pada ejaan semata-mata. Namun begitu, perkataan akur janji tidak berpadanan untuk undertaking yang menjadi padanan istilah bagi perkataan aku janji
Tatabahasa01.03.2025
pohon contoh surat akujanji dalam bahasa malaysia untuk sediakan akujanji akan pindahkan rumah sebagai balasan pertolongan kewanganDalam konteks ini, surat yang sesuai ialah perjanjian antara kedua-dua pihak. Surat aku janji digunakan sebagai ikrar, misalnya dalam perkhidmatan awam.Lain-lain24.09.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang manakah frasa yang tepat, "aku janji" atau "akur janji"? 2. Adakah boleh diterima sebutan akronim SASEM (baca; seisem) untuk Sains Sembrong? Atau tetap dibaca (sasem) sebagaimana yang dieja? Atau sebutan (seisem) itu tergolong dalam akronim sesedap sebutan? TERIMA KASIH.1. Jika merujuk frasa letter of undertaking, penggunaan yang betul ialah surat aku janji. Walau bagaimanapun frasa akur janji boleh dibentuk jika hendak merujuk kepada perbuatan setuju untuk berjanji. 
2. Dalam pangkalan data kami sasem ialah bahasa sukuan Melanau. Pada pandangan kami frasa Sains  Sembrong sewajarnya disebut dengan penuh bagi mengelakkan kekeliruan orang awam.
Tatabahasa09.07.2013
"DENGAN INI PIHAK KAMI JUGA MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKUJANJI PIHAK KAMI BERTARIKH OKTOBER 19,1995 DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYAAN. PIHAK KAMI DI MINTA MENYERAHKAN HAKMILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM MEWAKILI BAGI PIHAK BANK PEMBIAYAAN IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN." BOLEH SEMAK AYAT SAYA?Berikut petikan yang telah disemak dengan beberapa pindaan.

DENGAN INI PIHAK KAMI MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKU JANJI PIHAK KAMI YANG BERTARIKH 19 OKTOBER 1995 DAN DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYA. PIHAK KAMI DIMINTA MENYERAHKAN HAK MILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM YANG MEWAKILI PIHAK BANK PEMBIAYA IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN.
Tatabahasa14.06.2013

Kembali ke atas