Ini masalah ejaan jawi. Perbezaan penggunaan antara huruf 'ta' dengan 'ta marbutah'. Mohon penjelasan mengenai penggunaan kedua-dua huruf ini. Betulkah kalau ketika mengeja jawi perkataan 'ayat' memadai mengeja dengan huruf 'ali ya alif ta'( contoh: Baca ayat ini - di mana perkataan jawi untuk ayat adalah "alif ya alif ta") Sebaliknya untuk menerangkan ayat al-Quran (misalnya ayat 'Ali Imran: 24 - ayat di sini dieja (alif ya ta (ta marbutah). Mohon penjelasan | Dalam ejaan baru, semua perkataan tersebut dieja dengan ta terbuka. Hanya perkataan pinjaman daripada bahasa Arab sahaja kekal digunakan huruf ta marbutah. Dan ini dapat menggelakkan kekeliruan antara perkataan surat dengan surah dan ayat al-quran dengan ayat. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | فوست فرخدمتن تاير - pa (titik tiga) wau sin ta , pa (titik tiga) ro kha dal mim ta nun , ta alif ya ro | Ejaan | 05.09.2012 |
Apakah terjemahan Bahasa Inggeris bagi perkataan Arab, 'Ta'liq' atau 'berta'liq'? | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan bahasa Inggeris untuk ta'liq atau berta'qliq dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ini dieja sebagai taklik. | Istilah | 11.07.2013 |
Bagaimanakah cara menyebut bagi perkataan santapan? adakah san-ta-pan atau san-tap-an? | Puan Isme Azura, Cara sebutan perkataan tersebut ialah san.ta.pan. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 – 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih. | Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun. | Ejaan | 14.04.2012 |
Pengesahan tulisan jawi,bagi KTSPS TRADING SDN BHD | ك.ت.س.ف.س تراديغ سنديرين برحد KTSPS (kaf-ada kaki di atas . ta . sin . pa-titik tiga di atas . sin) Trading (ta ra alif dal ya nga-titik tiga di atas) | Ejaan | 01.02.2012 |
Bagaimana mencerakinkan suku kata untuk perkataan berimbuhan berikut: makanan (ma+ka+nan atau ma+kan+an), mengatasi (me+nga+ta+si), mengekori (me+nge+ko+ri atau me+nge+kor+i) | Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, perkataan makanan disebut, [ma.kan.an], mengatasi [me.nga.ta.si], mengekori [me.nge.ko.ri].
| Tatabahasa | 04.05.2013 |
Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 10.10.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan sivik ataupun ta'rif sivik? | Maknanya ialah 1. ilmu tatarakyat; 2. hak, perasaan tanggungjawab, dsb seseorang terhadap masyarakatnya. | Makna | 17.01.2010 |
perkataan 'tarian' ada berapa suku kata? | Terdapat dua suku kata, iaitu ta-rian. | Tatabahasa | 17.09.2010 |