Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tahun yg dikira dr tarikh lahir Nabi Isa a.s.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tahun Masihi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tahun sebelum masihi dan tahun masihi.Tahun masihi dihitung dari tarikh Nabi Isa dilahirkan dan tahun sebelum masihi ialah tahun sebelum peristiwa kelahiran nabi Isa.Makna12.02.2009
bagaiamakah penggunaan singkatan bagi tahun masihi dan hijri. Adakah 1445 H atau 1445H?Tidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja.Lain-lain12.01.2023
Tuan, mana satu tulisan yang betul melibatkan M atau H bagi tahun masihi dan hijrah: - 4 Oktober 2021M bersamaan 27 Safar 1443H; - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443; atau - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443HTidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja.Lain-lain04.10.2021
Sila rujuk lampiran

Singkatan adalah berkaitan dengan bentuk ringkas bagi satu perkataan atau lebih. Singkatan tidak bertaraf kata, iaitu membentuk perkataan. Contohnya, Kuala Lumpur (KL), Tahun Masihi (TM), sentimeter (cm) dan lain-lain.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, nama penuh bagi singkatan PTL, iaitu Penjaja Tanpa Lesen (PTL) perlu dieja dengan menggunakan huruf besar pada awal perkataan jika merujuk kepada Kata Nama Khas. Sekiranya perkataan ini merujuk kepada Kata Nama Am, perkataan penjaja tanpa lesen ditulis dengan ejaan penuh menggunakan huruf kecil tanpa singkatan.

 

Tatabahasa07.10.2024
Berkenaan terjemahan nota kaki; 1. e.g. Abu Walid al-Baji al-Maliki (d. 474 A.H./1081 A.C.), apakah terjemahan untuk: i. 'd.' (meninggal) ii. 'A.H' (After Hijrah) iii. 'A.C' / 'A.D' (After Christ/Anno Domini) iv. 'p.' (page) v. 'B.C' (Before Christ) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah i. m. (mati) ii. TH (Tahun Hijrah) ii. TM (Tahun Masihi) iv. SM (Sebelum Masihi)Lain-lain29.12.2013
Bagaimanakah cara yang betul bagi menulis tahun Islam? a. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m. 117H) b. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m.117H) C. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M. 117 H) d. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M.117H) Adakah m. itu adalah Masihi?Untuk makluman tuan,  maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan, M merupakan kependekan kepada perkataan Masihi. Berdasarkan rujukan kami, tahun Islam ditulis seperti 1434H.Tatabahasa24.06.2013
Salam sejahtera, Saya kini sedang belajar sejarah bahasa Melayu di universiti saya. Saya agak keliru dengan pengunaan tarikh Masihi berbanding dengan abad. Contohnya, sebuah batu bersurat dijumpai di Kuala Berang yang bertarikh 1303 Masihi. Abad ini juga dikenali sebagai abad ke-14. Setahu saya, seabad mengandungi 100 tahun. Mengikut kiraan, bukankah abad itu sepatutnya dikenali sebagai abad ke-13? Saya berharap tuan/puan dapat menyelesaikan kemusykilan saya. Sekian terima kasih. Yang benar, Brian KumarKiraan abad bermula dari tahun 1 - 100 = abad pertama, 101 - 200 = abad ke-2, 201 - 300 = abad ke-3 dan begitulah seterusnya hingga tahun 1301 - 1400 = abad ke-14.Lain-lain11.11.2010
Adakah terdapat istilah dalam Bahasa Melayu untuk melambangkan penggunaan tahun BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era)? Atau penutur boleh serap secara terus penggunaan BCE dan CE dalam penulisan Bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah Before Common Era (B.C.E.) dalam bahasa Melayu ialah Sebelum Masihi (S.M.) dan Common Era (C.E.) ialah Masihi (M.). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.07.2024

Kembali ke atas