selamat sejahtera encik. 1. Pemandangan di Taman Negara sangat indah. 1a. Pemandangan Taman Negara sangat indah. perlukah kata sendi nama di dalam ayat 1? Ayat 1a ini betul atau salah jika tiada kata sendi nama di? Harap encik dapat bantu saya. terima kasih. | Ayat yang betul: Pemandangan Taman Negara sangat indah. | Tatabahasa | 03.12.2018 |
Salam, frasa 'taman negara' perlu ditulis dengan huruf kecil jika tidak disertai nama tempat di belakangnya. Betul atau tidak? Terima kasih. | Ya, betul dieja ‘taman negara’ kerana bukan kata nama khas. | Ejaan | 14.07.2014 |
Adakah ayat-ayat tanya berikut betul? 1) Encik Peter datang ke Malaysia mengapa? 2) Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako bagaimana? Terima kasih... | Ayat tanya yang betul: 1) Encik Peter datang ke Malaysia mengapa? 2) Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako bagaimana? atau 1) Mengapakah Encik Peter datang ke Malaysia? 2) Bagaimanakah Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako? | Tatabahasa | 24.07.2017 |
maksud co-management. ayat ini digunakan dalam pengurusan taman negara. | Pengurusan bersama | Makna | 28.11.2007 |
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah "mengambil foto" penggunaan bahasa melayu yang betul and diterima? Contohnya, "Jurugambar mengambil foto haiwan di taman negara." dan "Zali mengambil foto buaya di tepi kolam." Penggunaan "mengambil foto" dijumpai di banyak artikel ahkbar, ensiklopedia dan laman web. Akan tetapi sekolah anak menyatakan istilah ini salah dan penggunaan istilah yang betul ialah "mengambil gambar". Minta tolong jelaskan mana yang betul atau kedua-duanya pun betul. Ribuan terima kasih. | Salam sejahtera, Foto dan gambar mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, mengambil gambar dan mengambil foto betul penggunaannya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.10.2018 |
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan Negara | Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak. Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.03.2018 |
Adakah RTM, KPM dan BPR termasuk dalam golongan akronim? Terima kasih | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang diberikan, RTM, BPR dan KPM merupakan akronim. | Tatabahasa | 09.12.2013 |
Saya mohon pandangan sama ada perkataan "menara tinjau" boleh diterjemahkan sebagai "observation tower". Saya berpendapat perkataan yang lebih sesuai digunakan sebagai padanan kepada perkataan "menara tinjau" ialah perkataan "surveillance tower" manakala bagi perkataan "observation tower", "menara cerapan". Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, menara tinjau tersebut digunakan untuk memerhati hidupan liar dalam kawasan taman negara. Mohon nasihat dan pandangan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat untuk bahasa Inggeris. Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "observation tower" ialah menara cerapan. | Istilah | 19.09.2016 |
Saya ingin bertanya adakah singkatan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di tulis JAKIM ataupun Jakim. Mohon jawapan berserta penjelasan daripada pihak tuan kerana terdapat percanggahan pendapat berhubung perkara ini di pejabat kami. Terima kasih. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Ejaan | 04.12.2013 |
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Tatabahasa | 31.01.2013 |