Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih.Jawapan yang betul:
a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas
b. Taman Industri Gambang
c.  Taman Industri Malaysia-China Kuantan
Istilah11.02.2014
Assalamualaikum & Selamat sejahtera. Saya Salmi dari Primechem Malaysia Sdn. Bhd. Syarikat kami ingin menukar papan tanda untuk tujuan pengambilan pekerja asing. Soalan saya: 1. Apakah prosedur dan syarat - syaratnya? 2. Berapakah bayaran untuk proses penukaran? 3. Perlukah kami merangka lakaran visual untuk diberikan kepada pihak DBP? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu dengan kadar segera. Sekian terima kasih, (Ms) Salmi Suhana Binti Mohd Shuhaimi Assistant, HR Address: PTD113388, Jalan Penaga 18, Taman Perindustrian Kota Putri, 81750 Masai, Johor, Malaysia. Tel: +607 388 5566 I Fax: +607 388 5599 Email: salmi.shuhaimi@primechem.com I Skype: pcmjb.hr3 I Website: www.primechem.com _______________________________________1. Pihak tuan hanya perlu membawa lakaran visual iklan untuk kami semak penggunaan bahasa dalam iklan tersebut. Iklan yang disahkan ialah iklan yang mengandungi bahasa kebangsaan atau bahasa kebangsaan bersama-sama bahasa lain. Semua perkataan perlu diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan kecuali bagi nama syarikat dan slogan yang telah didaftarkan. Penyemakan boleh dilakukan melalui kunjungan ke ARAS 25, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, MENARA DBP atau melalui laman http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan.
2. Kami hanya menyemak penggunaan bahasa dan tiada bayaran dikenakan setakat hari ini. 
Lain-lain07.11.2016
1.Mana satukah yang betul untuk digunakan di papan tanda "Taman Perindutrian Halal Pasir Mas" atau "Taman Industri Halal Pasir Mas"? 2. Apa perbezaan di antara keduanya dan dalam konteks apakah ia digunakan?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "Industrial Park" ialah Taman Industri. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang betul ialah Taman Indusrtri Halal Pasir Mas. Berdasarkan Kamus Dewan, industri bermaksud i. perusahaan secara besar-besaran ii. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. Perindustrian bermaksud perihal industri, yang berkaitan dengan industri. Oleh itu, cara penggunaan bergantung pada konteks dan maksud yang ingin disampaikan.Istilah11.02.2014
Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "dependent locality" merujuk kepada sesuatu nama bandar kecil atau kampung yang kadang kala dimasukkan dalam alamat apabila tempat penghantaran berada di luar sempadan bandar pos utama yang digunakan bagi tujuan pos. Manakala istilah "double dependent locality" pula merujuk kepada sesuatu taman perniagaan, kawasan perindustrian atau perkampungan desa yang lebih kecil daripada "dependent locality", yang kadang kala dimasukkan dalam alamat. Apakah istilah yang sesuai untuk "dependent locality" dan "double dependent locality"? Bolehkah "kawasan sandaran" dan "kawasan sandaran berganda" masing-masing diterima? Sekali lagi, terima kasih.

Istilah “dependent locality” dan “double dependent locality” secara teorinya tidak dilaksanakan di Malaysia. Oleh sebab itu, padanan yang sesuai dan paling hampir menepati konsep ini ialah istilah di alamat. Namun, kini konsep ini jarang digunakan dalam sistem penghantaran melalui pos.

Istilah18.12.2019

Kembali ke atas