| Contoh: YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan kini mendapat anugerah Datuk Seri Utama. Jadi bagaimana cara memberi penghormatan kepada beliau sekarang? YBhg Tan Sri, atau YABhg Tan Sri, atau YBhg Datuk Seri Utama Tan Sri, dah, tak tau lagi?? Tolong bantu, T.Kasih. Hassan | Lazimnya kita menggunakan gelaran yang tertinggi, dalam hal ini ialah YBhg Tan Sri. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk pejabat Ketua Setiausaha Negara kerana kita perlu mengambil kira kesukaan penerimanya sendiri sama ada hendak menggunakan gelaran YBhg Tan Sri atau gelaran YBhg Tan Sri Utama. | Lain-lain | 03.02.2011 |
| Assalamualaikum tuan/ puan, Setahu saya gelaran Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas. Bagaimanapun saya keliru untuk menggunakan pada dialog. Sama ada pangkala awalan itu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri," kata Dian. Tan Sri atau tan sri? Sebab tiada nama selepas perkataan tan sri itu Harap pihak tuan/ puan dpt membantu kekeliruan ini. Terima kasih. | Nama gelar Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin adalah merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar. Contoh penulisan nama gelar Tan Sri dalam ayat ini betul, "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri", kata Dian. | Ejaan | 21.08.2017 |
| assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu saya | Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
| SOALAN MENGENAI PENGGUNAAN BENTUK JAMAK - PENGULANGAN SEMUA KATA DALAM FRASA NAMA - YANG SAYA PERHATIKAN KERAP DISEBUT DALAM MAJLIS. ADAKAH BERIKUT BETUL? (1) TAN SRI-TAN SRI? (2) PUAN SRI-PUAN SRI? (3) DATO' SERI-DATO' SERI? DAN SEBAGAINYA. | Pengulangan semua perkataan dalam gelaran seperti contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
| Salam, Adakah penggunaan perkataan seperti datuk, datin, tan sri ataupun puan sri di dalam sesuatu dialog itu dikira sebagaikata nama khas? Cthnya: "Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri." adakah perkataan tan sri pada dialog di atas merujuk kepada kata nama khas atau kata nama am sepertimana nama panggilan mak long, pak su dsb | Gelaran seperti Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar. Contoh penulisan nama gelar Tan Sri dalam ayat ini ialah ""Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri", kata Dian. | Lain-lain | 24.11.2021 |
| YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ | YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ | Lain-lain | 15.11.2010 |
| apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato Seri | Pangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara. | Lain-lain | 27.10.2010 |
| Apakah format yang betul semasa menulis gelaran dan anugerah terhormat dalam surat rasmi? Contoh: YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar FASc | YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, cara penulisan yang sedemikian adalah betul. | Lain-lain | 30.01.2014 |
| Adakah penggunaan kata pemergian dalam ayat berikut Betul? Penyiaran filem-filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee adalah untuk memperingati pemergiannya. Atau Perkataan pemergian perlu ditukar 'kepergian' lebih tepat? Mengapa? | Penyiaran filem-filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee adalah untuk memperingati pemergiannya. Dalam kamus pemergian juga bermaksud kepergian, bagaimanapun dalam laras ayat tersebut kata pemergian telah lazim digunakan. | Tatabahasa | 09.05.2017 |
| SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 15.02.2019 |