| Assalamualaikum dan selamat pagi, Nama saya Zaime Bin Bujor. Untuk makluman tuan / puan, tempat saya bekerja sedang menyediakan dokumen dasar dan garispanduan untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia bertajuk Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN), namun begitu, terdapat beberapa terma dan maksud perkataan yang kurang kami fahami, oleh itu, kami ingin meminta jasa baik pihak DBP untuk membantu kami di dalam mendefinisikan maksud dan penerangan mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Penambakan Tanah 2) Tebus-Guna Tanah 3) Penambakan Pantai 4) Tebus-Guna Pantai 5) Pembangunan Atas Air 6) Pembangunan Terapung Sekian, terima kasih! Yang Benar, Zaime Bujor | Untuk makluman saudara, perkataan ini merupakan frasa biasa dan bukannya istilah khusus. Oleh itu, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Makna | 01.09.2020 |
| Salam, Mohon keterangan lanjut tentang perbezaan penggunaan kepada dan pada. Terima kasih. | Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Sendi Nama Pedoman Bahasa. | Lain-lain | 15.02.2010 |
| Saya masih lagi keliru tentang penggunaan yang betul kata sendi 'pada' dan 'kepada'. Walaupun banyak sudah penjelasan dan penerangan dalam buku-buku panduan dan internet, namun saya masih keliru contohnya: bergantung pada hujahan, atau bergantung kepada hujahan? Begitu juga dengan memberikan focus pada isu, atau focus kepada? Adakah saya betul jika saya katakan- bergantung kepada hujahan tetapi bergantung pada papan yang disandarkan? Begtu juga, focus kepada isu, dan focus pada benda optik yang diperhujahkan? Terima kasih Abdul Karim | Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepadajuga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepadainstitusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. | Lain-lain | 26.12.2017 |
| Manakah penggunaan yang lebih tepat di dalam ayat berikut? "Ahmad seorang yang berpegang PADA/KEPADA janjinya" Tatabahasa Dewan Edisi Keempat tiada jawapan yang jelas. Menurutnya, PADA boleh digunakan bersama kata nama yang menunjukkan tempat. Manakala KEPADA digunakan apabila menyatakan satu-satu sasaran samada manusia, haiwan atau unsur mujarad. Justeru adakah objek 'janji' boleh dianggap secara abstrak sebagai tempat untuk penggunaan PADA? Adakah wajar objek 'janji' dianggap sebagai sasaran untuk penggunaan KEPADA? Harap pihak tuan sudi untuk memberi penjelasan. | Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepadadigunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepadadirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah padabulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Jawapan yang betul untu pertanyaan tuan tersebut ialah: Ahmad seorang yang berpegang PADA janjinya. | Lain-lain | 24.11.2017 |
| soalan ini merujuk kepada kepada kata sendi ke dan kepada. saya ingin bertanya penggunaan penyataan berikut adalah benar atau salah, berserta alasannya. i. hingga ke masa kini ii. hingga kepada masa kini iii. hingga kini | Ungkapan yang betul ialah hingga kini. Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain dan tidak boleh hadir secara berturutan. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. Penggunaan kata sendi nama kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 08.08.2010 |