| Saya perlu pengesahan DBP sama ada penggunaan 'di bawah' dan 'dalam' dalam ayat ini betul /tidak- "Keputusan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah 21 dalam subbutiran 21 (22) (b) Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2011" | Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya); iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada; v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Kata sendi 'dalam' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata sendi nama 'dalam' adalah tepat, manakala penggunaan frasa 'di bawah' tidak berkaitan dalam mana-mana panduan penggunaan frasa 'di dalam' yang tersenarai. Walau bagaimanapun hal ini perlu merujuk pakar yang arif dalam hal undang-undang kerana pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
| perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |
| 1. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya (kata kerja) ....................... mesyuarat tersebut. 2. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan (disenaraihitamkan / disenarai hitamkan) supaya menjadi (kata nama) ..................... kepada pekilang yang lain. 3. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua bijitayar kereta yang dipandunya meletup. Manakah istilah salah dan istilah betul? 4. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. Kesalahan istilah - bergadai? : mengorbankan / menggadaikan 5. Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera. Manakah istilah salah dan istilah betul? 6. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit. Manakah istilah salah dan istilah betul? | Adakah kami diminta mengisi tempat kosong pada ruangan yang disediakan? Kami tidak ada maklumat tentang konteks penggunaan dan maksud ayat. Pandangan kami ayat ini perlu dibetulkan kepada "Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut". Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan melengkapkan buku kerja atau menyediakan jawapan kepada soalan yang dibina. Hal ini perlu ditangani oleh kumpulan penulis/penyemak yang dilantik. Jika ada sebarang perbincangan tentang isu bahasa bolehlah dikemukakan kepada pihak kami. | Tokoh | 26.11.2016 |