Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanda aras 1. (Tadb) sesuatu (piawai) yg di­gunakan utk membandingkan prestasi atau keluaran sesebuah organisasi dgn prestasi atau keluaran organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik mutu atau prestasi organisasi yg berkenaan; 2. (Geog) tanda rujuk yg digunakan sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi; penandaarasan perbuatan menentukan tanda aras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan untuk penggunaan 'penanda aras' dan 'penandaarasan'. (Mohon berikan contoh ayat yang menunjukkan perbezaannya. Terima kasih.Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini.
Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan.
Tatabahasa09.12.2019
Bench markTanda ArasLain-lain14.03.2007
Terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia "Market Benchmark"Terjemahan bahasa Melayu yang betul tanda aras pasaran.Istilah04.01.2011
Ejaan bagi perkataan penandaarasan. Di IAB, penandaarasan merupakan satu program yang dijalankan oleh peserta kursus di sekolah-sekolah yang terpilih. Oleh itu ia dinamakan program Penandaarasan. Kemusykilan saya adalah berhubung ejaan penandaarasan. bagaimanakah mengeja penandaarasan yang betul. Adakah Penanda Aras, Penandarasan atau Penandaarasan. Sekian, terima kasih.Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras.Ejaan28.12.2012
Apa terjemahan "milestone" yang merujuk kepada sesuatu tahap yang sudah dicapai dalam satu projek yang besar?Tiada padanan "milestone" yang merujuk kepada sesuatu tahap yang sudah dicapai dalam satu projek yang besar. Kami mencadangkan kata tanda aras atau penanda aras, titik sasaran, peringkat operasi atau carta perbatuan, digunakan mengikut kesesuaian konteks dan penggunaannya.Lain-lain05.10.2023
Saya ingin mengetahui istilah yang betul untuk "talent pool" dan "talent bench strenght" serta "coaching and mentoring"Kesemua istilah yang dikemukakan berkaitan pengurusan atau pentadbiran yang belum didaftarkan padanan nya dalam bahasa Melayu. Talent pool bermaksud pengurusan/program membangunkan kerjaya pekerja yang berpotensi. Berdasarkan istilah sumur /telaga minyak, saya cadangkan talent pool = sumur sumber manusia/sumur pekerja. Talent bench strenght = kekuatan tanda aras sumber manusia. Daripada istilah Coach = pembimbing, jurulatih, koc. mentor = mentor. Dicadangkan Coaching= bimbingan, kejurulatihan.Istilah30.07.2011
Tuan, sekarang didapati kebanyakan surat menyurat telah tidak lagi menggunakan tanda koma (,) dan noktah (.) di dalam alamat surat menyurat. Contohnya: Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu Aras 6 Wisma Persekutuan Jalan Bayam 16100 Kota Bharu Apa yang saya belajar dahulu, apabila di setiap hujung lamat yang kita taip mesti dimasukkan tanda koma dan noktah. Apakah pendirian DBP sekarang? mana yang betul dan mana yang sebaliknya? Terima kasih.Dari aspek bahasa penggunaan tanda koma dan noktah dalam alamat surat dikekalkan. Walau bagaimanpun Pos Malaysia tidak menggunakan tanda tersebut kerana alamat surat-menyurat ditulis dalam baris-baris berbeza. Cadangan kami, jika tuan mengekalkan tanda tersebut, penggunaannya harus lengkap (ada koma dan noktah) dan tekal pada semua alamat.Lain-lain22.04.2012
bagaimana mahu mendaftar pengesahan papan tanda permis perniagaan

Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan boleh dibuat melalui:

1. Dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my
2. Kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan.

 

Lain-lain26.01.2020
Saya hendak bertanyakan tentang papan tanda syarikat yang ingin dibuat. Adakah saya perlu rujuk pihak DBP untuk perkataan yang sepatutnya? Jika perlu, apakah prosedur untuk membuat sebarang pertanyaan untuk papan tanda nama syarikat.

Tuan/Puan,

Untuk makluman tuan/puan, sebelum membuat permohonan iklan untuk papan tanda kedai, kain rentang, papan iklan luar, gegantung, papan elektronik dan beberapa jenis iklan yang lain ke PBT, tuan/puan perlu menghantar visual iklan tersebut ke DBP untuk pengesahan bahasa dalam visual iklan tersebut. Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan.

2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, puan perlu meletakkan keterangan aktiviti di sebelah kiri paling atas iklan, contohnya RESTORAN.

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain29.10.2018
Hi, Pengesahan Bahasa dalam papan tanda perniagaan?Salam sejahtera,

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

2. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain26.12.2019
123456

Kembali ke atas