Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan kata tradisi dan tradisional dalam ayat. Adakah dua perkataan tersebut mempunyai perbezaan makna dalam ayat? Mohon penjelasan dan contoh ayat yang sesuai. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): tradisi (kata nama) ialah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan atau amalan yang diwariskan kepada generasi seterusnya: Contoh penggunaan: Masyarakat dahulu mengamalkan tradisi tegur-menegur. pakaian tradisi; makanan tradisi. tradisional kata adjektif 1 (berkenaan kesenian, kehidupan dan lain-lain) bersifat turun temurun: Contoh penggunaan: Tekat ialah seni menghias kain tradisional Melayu. Mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional seperti menebang dan membakar hutan untuk menanam padi huma. 2 (berkenaan orang, masyarakat dan sebagainya) mengamalkan tradisi: Contoh penggunaan: Dalam masyarakat tradisional Melayu, perbualan atau perkisahan mengenai seks dianggap sebagai tabu. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk kamus tersebut. | Makna | 03.11.2024 |
Apabila menemui kesalahan bahasa dalam media cetak atau pelbagai media lain, untuk menegur atau membantu membuat pembetulan, yang mana satu langkah lebih baik a) menerusi pantau tegur bahasa (dbp) atau b) menegur terus kepada media berkenaan dengan menulis surat dan sebagainya. Terima kasih. | Pada pandangan kami kedua-dua langkah boleh diambil, iaitu melalui pantau tegur dan menulis terus kepada agensi berkenaan. DBP amat mengalu-alukan bantuan dan kerjasama daripada masyarakt pengguna bahasa untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan penggunaan bM yang betul dan seterusnya memartabatkan bM, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 06.08.2007 |
Mohd Danish Hakim Fauzi THU 11:32AM Assalamualaikum, saya menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik ke tempat kerja. Cuma minggu lepas KTM telah meletakkan papan tanda prosedur keselamatan di setiap gerabaknya. Di sini saya cuma ingin bertanya mengenai ejaan yang betul bagi perkataan samada prosedur atau prosidur. Sila lihat gambar yang dilampirkan. Jika berlaku kesalahan diminta pihak DBP untuk menegur pihak KTM. Sekian terima kasih. | Tiada gambar yang disertakan. Sila kemukakan aduan tuan berserta gambar melalui portal "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 11.12.2015 |