| Salam sejahtera. Bagi istilah "renewable energy", terdapat beberapa padanan terjemahan yang ditemukan di laman carian. Antara tenaga boleh baharu, tenaga boleh diperbaharu dan tenaga boleh diperbaharui, yang manakah paling tepat untuk digunakan? Terima kasih. | Istilah "renewable energy" ialah "tenaga boleh baharu" berdasarkan bidang ekonomi dan geografi. | Istilah | 15.01.2015 |
| Master of Renewable Energy Makna dalam bahasa Melayu Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharu @ Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui | Soalan sdr akan diajukan kepada Bahagian Peristilahan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Terima kasiih | Istilah | 02.07.2014 |
| tenaga boleh diperbaharu atau diperbaharui | Istilah yang betul ialah “tenaga boleh diperbaharui” berdasarkan Glosari Sains untuk sekolah (https://prpm.dbp.gov.my/). Walau bagaimanapun, apitan diper- ... -i dan memper- ...-i sebenarnya tidak begitu produktif. Kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak begitu banyak. Apitan diper- ... -i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. [Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 217]. | Istilah | 08.03.2025 |
| 1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda Tetapi, 'pemacu keras' ialah benda fizikal, sama seperti 'kotak kasut', tidakkah, 'di dalam' lebih sesuai? 3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui. Tolong betulkan di website PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=renewable+energy untuk mengelakkan kekeliruan kerana ramai yang menggunakan istilah 'tenaga boleh baharu'. | Pemacu keras (pemacu cakera keras) bukanlah benda yang boleh dilihat fizikalnya secara nyata seperti gelas dan kotak. Penggunaan yang betul ialah ...dalam pemacu keras. Istilah renewable energy - tenaga boleh diperbaharui boleh dilihat dalam Glosari Sains untuk Sekolah. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.06.2015 |
| harap dapat bantu saya. terima kasih | 1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda 2. Terjemahan Save your data to Google Drive ialah Simpan data anda dalam Google Drive. 3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
| Salam, Apakah istilah yang betul bagi 'renewable energy? Adakah sumber tenaga yang boleh diperbaharu/ dibaharui/diperbaharui? Terima kasih. | Menurut istilah bidang ekonomi dan geografi, "renewable energy" bermaksud " Tenaga Boleh Baharu" | Istilah | 10.10.2014 |
| 1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan" | 1. berat badan lebih (betul) 2. penggunaan perkataan "ianya" Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. 3....ialah antara...(betul) 4....peningkatan usaha...(betul) 5....mengunjungi gimnasium... 6....muka pengadilan...(betul) 7....adalah agar peserta dapat...(betul) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul) 10....tenaga yang boleh diperbaharu... 11....berpunca kerana...(betul) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah... 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan" Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. | Tatabahasa | 20.11.2013 |