| Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih | Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain. | Makna | 16.10.2021 |
| Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apa | Jawapan yang betul ialah C. terlanggar Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. | Lain-lain | 16.10.2021 |