Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Things

Peribahasa

126

Things past cannot be recalled

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled .

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualakum. Apakah terjemahan ayat berikut dalam bahasa melayu. - internet of things - International Organization for Standardization - fourth industrial revolution Terima Kasih1. Internet of things - Internet Benda
2. Cadangan kami: Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa
3. Cadangan kami: Revolusi Perindustrian Keempat
Istilah30.04.2018
mohon pencerahan terjemahan bagi Internet of Things (IoT) terdapat tiga jawapan yang dijumpai di Internet: 1) Internet untuk Segala-galanya 2) Peranti Internet Berhubung 3) Peranti Berhubung Internet terima kasihUntuk makluman, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "internet of Things" ialah Internet Benda.Istilah20.09.2016
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang terjemahan berikut dalam bahasa melayu kerana saya tidak menjumpainya dalam carian DBP. 1. Internet of Things (IoT) 2. Subtractive Manufacturing 3. Wearable Technology Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 
1. Internet of Things (IoT) - Internet benda (IoT)
2. Subtractive Manufacturing - Pembuatan Subtraktif
3. Wearable Technology - Peranti Boleh Pakai atau Alat Boleh Pakai
Makna19.09.2020
Apakah istilah bahasa Melayu dalam bidang teknologi bagi perkataan Society 5.0, Internet of Things (IoT), blockchain, human centred dan technology basedBerikut merupakan padanan untuk istilah yang berkaitan dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep:

        - Society 5.0:  Masyarakat 5.0
        - Internet of Things: Internet benda
        - Blockchain: blok rantai
        - human centred: Pusat Kemanusiaan
        - technology based: berasaskan teknologi



Penyemakan dan penterjemahan05.09.2019
Terjemahan Internet of Thingsmerujuk soalan yang tuan kemukakan melalui Nasihat Bahasa tentang terjemahan Internet of Thing (IoT). 2. Berdasarkan carian kami di Internet tentang konsep IoT, terdapat dua kata kunci yang menjadi asas kepada cadangan terjemahan kami, iaitu indentifiers (pengecam) dan device (peranti). Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan Internet of Thing diterjemahkan kepada Pengencam MayaPenyemakan dan penterjemahan27.02.2014
Apakah istilah Internet of Things (IOT) dalam Bahsa Melayu?Padanan bahasa Melayu untuk Internet of Thing ialah internet benda.Istilah18.12.2017
Apakah terjemahan yang betul untuk Internet Of Things?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Internet Benda.Istilah19.07.2016
alihbahasa terbaik untuk "Build our mindset.Do things right the first time!"

Encik Shahrol,

Teguhkan minda kita. Lakukan dengan betul dari pertama kali lagi. ini adalah cadangan daripada saya.Mungkin ia boleh berubah jika dapat tahu apakah atau bilakah ia hendak digunakan.

Makna20.04.2010
Saya ingin memohon cadangan terjemahan Bahasa Melayu bagi "Internet Of Things" atau IOT, satu cabang sektor ICT yang sedang berkembang pesat di Malaysia dan di dunia. Terima kasih.Pertanyaan tuan telah kami rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi dan kami berusaha untuk memberikan jawapan dengan kadar segera. Jawapan akan di-e-mel terus kepada tuan melalui alamat yang tertera.Istilah24.02.2014
Salam DBP. Saya ingin bertanya terjemahan terbaik untuk "these among the things that we must have faith in." Bolehkah perkataan "diimani" digunakan sebagai terjemahan "faith in" dalam konteks rukun iman? Terima kasih, DBPPerkataan "diimani" boleh digunakan sebagai terjemahan "faith in".Penyemakan dan penterjemahan06.10.2015
123

Kembali ke atas