Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi titanium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ph, Pr kata utk menegaskan kata yg menda­huluinya, -kan, -lah: dengar~; tumbuk~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)golf club 2)starting tee box1)kayu golf 2)petak ti bermulaEjaan10.01.2011
saya,Hajijatul ingin mendapatkan artikel mengenai Bahasa Melayu dan satu pengucapan umum yang berkesan mengenai cara melahirkan pendapat dan mempengaruhi audien

Saudara,

Untuk mendapatkan artikel mengenai bahasa Melayu dan pengucapan awam sauadara perlu membuat kajian dan penyelidikan kepustakaan di perpustakaan di tempat saudara. Bagi pengucapan awam sila rujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul ti@Zambri">Mua'ti@Zambri Ahmad. 

Lain-lain10.10.2009
salam... kenapa perkataan 'universiti' diesebut "yuniversiti' sedangkan perkataan 'ular' tidak disebut 'yular'? terima kasih..

Saudara,

Untuk makluman saudara, dalam sistem sebutan baku bahasa Melayu, perkataan bahasa Melayu sama ada perkataan Melayu jati atau serapan  disebut  mengikut ejaan perkataan tersebut. Oleh itu, perkataan universiti disebut u.ni.ver.si.ti. bukan yu.ni.ver.si.ti.

Tatabahasa13.10.2010
bagaimana nak berpidato?daya cakapnye

Saudara,

Sebelum seseorang berpidato pemodato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang posiitif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antaranya sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul ti@Zamri">Mua'ti@Zamri Ahmad.       

Lain-lain06.08.2009
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT

Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul ti@Zamri">Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini:

1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000

2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004.

Lain-lain31.08.2009
Berdasarkan penjelasan dalam Clik DBP:Berita Harian- 'baru' (just) ialah kata bantu manakala 'baharu' (new) ialah kata adjektif. Apabila saya merujuk Kamus Dewan (Edisi 4) m.s.105 (baharu) dan .s.s 131 (baru),penjelasan yang diberi tidak bermaksud demikian. Tolong jelaskan.

Dalamkamus Dewan, kata “baru” bermaksud belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan dan sebagainya). Perkataan “baharu” pula ialah baru (baharu). Tambahan maklumat yang diberi berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, baharu biasa digunakan dalam bentuk adjektif seperti untuk menerangkan buku baharu. Kesilapan berlaku kerana tidak menyatakan sumber kedua maklumat tersebut. Sekian, terima kasih.

Makna04.12.2008
Di manakah saya boleh membuat rujukan tentang panggilan kehormat dlm ucapan aluan sesuatu majlis.Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku yang disenaraikan ini bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Buku-buku ini terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka. - Panduan pengucapan Awam oleh Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad - Pengucapan Awam Yang Berkesan oleh Maimunah Osman - Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail - Panduan Protokol dan Etiket Sosial oleh Mokhtar Mohd. Tohar dan Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis Samsudin Wahab. Terima kasih.Lain-lain03.03.2007
Apakah ciri-ciri teks ucapan?Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain02.07.2008
saya perlu bantuan untuk menyediakan teks uacapan bagi pegawai daerah dan Ketua Cawangan. Contoh teks ucapan pengerusi majlis

Teks ucapan mengandungi: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan dan provokasi; dan iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).

Lain-lain12.07.2011
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya.Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain12.04.2010

Kembali ke atas