Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem­-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenang­an­nya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 (dlm keadaan) berehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri: Biar aku saja yg menyudahkan kerja ini, engkau boleh ~. Dia masih ~ di biliknya. 2 keadaan rehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri; ~ lena (lenyak) tidur yg tidak mudah dikejutkan. tidur-tidur berbaring-baring (tetapi tidak lena). ~ ayam tidur yg tidak lena. meniduri 1 tidur di: ~ tilam empuk. 2 bersetubuh dgn. menidurkan membuat supaya tidur: Ibu itu sedang ~ anaknya. tertidur dgn tidak sengaja tidur: Kerana terlalu letih, dia ~ di kerusinya. ketiduran 1 tertidur (dgn tidak sengaja); terlampau lama tidur. 2 = tempat ~ tempat (utk) tidur. seketiduran bersama-sama tidur di satu tempat; sama tempat tidur. berseketiduran 1 tidur bersama-sama di satu tempat tidur. 2 bersetubuh. petiduran tempat tidur. penidur 1 orang yg selalu atau sangat mudah tidur. 2 ubat dsb yg menyebabkan atau memudahkan tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.


Lihat selanjutnya...(134)
Peribahasa

Tidur tak lelap,
     makan tak kenyang.

Bermaksud :

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

 

Lihat selanjutnya...(34)

314

Wake not a sleeping lion

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Mengusik anjing tidur

Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tersedar dari tidur atau tersedar daripada tidur?Tersedar daripada tidur.Tatabahasa19.09.2011
Salam, yang manakah betul antara 'tidur nyenyak' ataupun 'nyenyak tidur'. Ayatnya berbunyi begini, "Ketika itu, Encik Raj sekeluarga sedang nyenyak tidur." Sekian, terima kasih.Perkataan "nyenyak tidur" betul dan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa18.12.2013
Saya mendapat tidur hanya jika mengambil ubat tidur. Betul ke ayat ini?Ayat yang betul ialah Saya hanya tidur jika mengambil ubat tidurTatabahasa07.11.2022
Assalamualaikum, saya ada soalan berkaitan penggunaan kata pemeri. 1. Maksud beradu adalah tidur. 2. Maksud beradu ialah tidur. 3. Beradu bermaksud tidur. Berdasarkan ketiga-tiga ayat ini, ayat yang manakah yang betul? Tidur merupakan kata kerja. Jadi, kata pemeri sepatutnya tidak boleh digunakan.

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. 

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.  

Kata pemeri tidak boleh hadir (digunakan) di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat yang betul ialah, “Beradu bermaksud tidur”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 263 dan laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa04.06.2024
bangun dari tidur & bangun daripada tidur yang manakah betul dan tepat?

Ayat yang betul ialah bangun daripada tidur.

Lain-lain16.10.2010
terjaga dari tidur atau terjaga daripada tidur? Terima kasih.Frasa yang betul ialah …terjaga daripada tidur. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Daripada pula di hadapan kata nama atau frasa nama; punca bagi manusia atau institusi; haiwan, benda, dan unsur mujarad; sumber atau asal kejadian sesuatu benda; perbezaan atau perbandingan; dan menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.Tatabahasa01.12.2014
Saya tidur dengan tingkap terbuka. Adakah ayat ini bermaksud saya tidur tanpa menutup tingkap?

Ayat “Saya tidur dengan tingkap terbuka.” membawa maksud yang sama dengan ayat “Saya tidur tanpa menutup tingkap."

Tatabahasa03.06.2024
adakah dia lewat tidur atau dia tidur lewat?Kedua-duanya betul.Tatabahasa02.08.2010
1. Saya bangun dari tidur. 2. Saya bangun daripada tidur. Mana satu betul?kenapa?Saya bangun daripada tidur.Tatabahasa15.08.2008
mana ayat aktif yang betul daripada ayat pasif berikut. Bilik tidur adik sudah saya kemas tadi. Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi. ATAU Saya sudah mengemas bilik tidur adik pagi tadi. Apakah fungsi kan dalam ayat ini adakah menjejaskan makna.Ayat yang sesuai ialah "Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi". Fungsi "kan" dalam perkataan "mengemaskan" bermaksud "menjadikan tersusun", manakala "mengemas" bermaksud "menyusun".Tatabahasa19.03.2013
12345678910...

Kembali ke atas