Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba mem­baiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah ter­bakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggal­kannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akar ~ sj tumbuhan (pokok meman­jat), akar hitam, akar kekala, Ventilago malaccensis; rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), rotan bini (diri), Flagellaria indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : burung ~ sj burung, Locustella lanceolata; lang ~ sj burung helang, lang (helang) sewah, Elanus c. caeruleus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai jenis binatang yg mengunggis. ~ ambang bulan Echinosorex gymnurus. ~ babi Hylomys suillus. ~ belanda binatang mengunggis yg rupanya seakan-akan rupa arnab tetapi lebih kecil, Cavia cobaya. ~ hutan Rattus rattus jalorensis. ~ kecil Rattus exulans. ~ kesturi Sorex spp.. ~ mondok Rattus norvegicus. ~ rumah Rattus rattus diardii. ~ tanah (sawah) Rattus rattus argentiventer. menikus ki mendiamkan diri dan tidak berkata-kata atau tidak membantah kerana takut dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tikus

Puisi
 

Tikus mondok berbaju kemeja,
     Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
     Malu ke abang belum biasa lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Hamster' dalam bahasa Melayu ialah 'tikus belanda'?Hamster ialah sj binatang kecil seakan-akan tikus yg badannya agak montok dan ekornya pendek, dipelihara di rumah sbg binatang kesayangan. Tikus Belanda ialah istilah Indonesia.Istilah05.04.2010
Tuan/Puan, 1. Perlukah kata pemeri 'ialah' digunakan untuk ayat-ayat berikut? (a) Aku ialah pemburu burung yang hebat. (b) Pantas berfikir, kelawar itu menjawab, "Oh, tapi aku bukan burung, aku ialah tikus." (c) "Oh, tapi aku bukan tikus," jawab kelawar. "Aku ialah kelawar." Kalau 'ialah' tidak perlu, mengapa? 2. Adakah penggunaan 'adalah' betul bagi ayat di bawah? Tikus yang bijiak itu berkata, "Apa yang aku ingin tahu adalah siapa yang berani untuk pergi dan mengikat loceng di leher kucing?" Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Sekian. Terima kasih.

1. Kata pemeri "ialah" boleh ada atau tiada dalam ayat tersebut. Sebagai kata pemeri "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.  

2. Penggunaan yang gramatis dalam ayat tersebut "ialah" sesuai dengan fungsinya sebagai kata pemeri yang hadir sebelum frasa nama.

Tatabahasa03.08.2011
Selamat sejahtera. Adakah perkataan "tetikus" merupakan kata ganda separa? Jika ya, maka boleh katakan kata dasar bagi "tetikus" ialah "tikus"?Tetikus ialah kata ganda separa dan kata dasarnya ialah tikus.Tatabahasa30.05.2012
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa30.03.2010
Apakah istilah terbaik dan diterima pakai dan terkini untuk perkataan Inggeris "wheezing". Saya dapati Kementerian Kesihatan menggunakan berdehit(carian Google menunjukkan bahawa istilah ini paling banyak digunakan), Oxford/Fajar dan Kamus Dewan ed4 pula menggunakan berdesit. Ada pula menggunakan berdecit. Terima kasihPadanan bagi "wheezing" ialah bunyi nafas yang berdehit. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,  berdecit ialah bunyi seperti bunyi anak ayam (anak burung, tikus, dll.), manakala berdesit pula ialah berbunyi spt bunyi orang menghisap dari celah gigi.Istilah11.02.2009
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanolUntuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 
1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri.
2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca
3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap
4. frosted slide - slaid kabut
5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan
6. pre-coated antibody specific  - antibodi prasalut spesifik
7. unlabeled LH - LH tanpa label
8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase
9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin
10. assay diluents - pencair cerakin
11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan
12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik
13. total activity well  - telaga aktiviti total
14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing
15. mouse IgG - IgG tikus
16. absolute etanol -etanol mutlak
Istilah13.08.2012

Kembali ke atas