Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tranformasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah slogan ini betul dari sudut maksud nya itu sendiri. Tranformasi bervisi peneraju altruistik mahasiswaBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud perkataan pada slogan di atas adalah seperti yang berikut:

1. transformasi -  perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya
2. visi - pandangan jauh, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara; wawasan
3. peneraju - orang atau pihak yang menerajui
4. altruistik - suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain lebih daripada diri sendiri
5. mahasiswa - pelajar atau penuntut di universiti

Slogan ini perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya.
Makna26.01.2023
Saya ingin menyemak terjemahan ke Bahasa Melayu. Adakan betul jika saya menggunakan terjemahan berikut;- Inspiring technological Transformation : Menginspirasikan Tranformasi Teknologi Petikan di atas di ambil daripada ayat yang dilampirkan. Semoga pihak BDP dapat membatu saya. Terima kasih.Terjemahan tersebut boleh digunakan seperti dalam ayat yang dilampirkan. Betulkan ejaan 'Transformasi'.Penyemakan dan penterjemahan25.07.2019
Saya ingin menyemak terjemahan ke Bahasa Melayu. Adakan betul jika saya menggunakan terjemahan berikut;- Inspiring technological Transformation : Menginspirasikan Tranformasi Teknologi Petikan di atas di ambil daripada ayat yang dilampirkan. Semoga pihak BDP dapat membatu saya. Terima kasih.Terjemahan tersebut boleh digunakan seperti dalam ayat yang dilampirkan.Penyemakan dan penterjemahan25.07.2019
apakah tatabahasa struktural?Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud “ pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system “ ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna.Tatabahasa27.07.2006

Kembali ke atas