| Tepatkah "travel bubble" diterjemahkan sebagai "gelembung perjalanan"? Nota: Istilah "travel bubble" ini sangat popular pada zaman COVID-19 ini. | Untuk makluman, belum ada padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan travel bubble. Walau bagaimanapun, cadangan kami travel bubble diterjemahkan kepada gelembung perjalanan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaanya. | Lain-lain | 12.11.2020 |
| adakah 'travel medicine' dalam Bahasa Malaysia 'perubatan perjalanan'? 'travel medicine' ini bermaksud ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah penyakit yang boleh berlaku semasa melancong. | Cadangan padanan istilah bahasa Melayu bagi travel medicine, iaitu perubatan perjalanan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.05.2014 |
| Haneen Travel & Tours Sdn. Bhd. | 1. Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my 2. Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479389/9398/9400/9500/9600. | Lain-lain | 19.01.2018 |
| Apa terjemahan "travel journalist"? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah travel journalist ialah wartawan kembara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 10.05.2023 |
| Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya memerlukan khidmat tuan/puan untuk mencari perkataan di dalam bahasa melayu yang sesuai bagi item ini. "Travel Disposable Bedding Set" Barang ini adalah cadar + sarung bantal yang dipakai buang dan sesuai untuk travel kemana-mana. terima kasih. ~Athirah | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "Travel Disposable Bedding Set" ialah "Set Cadar Kembara Pakai Buang". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.07.2023 |
| Selamat pagi, Kami dari Syarikat Gopi Travel Tours Sdn Bhd ingin memohon papan tanda baru untuk cawangan baru kami di Seremban beralamat No 8, 1st Floor, Jalan Dr. Krishnan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Maklumat terperinci mengenai papan tanda adalah sepereti berikut: Gopi Travel Tours Sdn Bhd (Mohon Untuk Translet kepada Bahasa Cina Nama Syarikat) Perkhidmatan yang disediakan: Pakej Pelancongan Luar dan Dalam Negara Penempahan Tiket Dalam dan Luar Negara Tempahan Hotel Dalam dan Luar Negara Perkhidmatan BAs Persiaran, Catar, Ekspress dan Henti-Henti p/s: Mohon Pihak Dewan dan Pustaka dapat memberi maklumbalas kepada pihak kami. Terima Kasih | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Lain-lain | 30.05.2017 |
| Mohon maklumbalas terjemahan yang sesuai untuk perkataan : 1. Accessibility 2. Tourism Roadshow 3. Travel Mart Terima kasih. | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian. Manakala, perkataan berikut tiada padanan khusus, dan cadangan kami adalah seperti yang berikut jika bersesuaian: i. Tourism Roadshow = Jerayawara Pelancongan ii. Travel Mart = Kedai Barangan Kembara | Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2015 |
| maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotel | Maksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotel | Makna | 22.08.2007 |
| Assalamualaikum. Saya nak buka ofis perniagaan travel agency. Untuk dapatkan lesen, perlu ada kelulusan papan tanda dari DBP. Dengan siapa saya perlu rujuk? | Waalaikumussalam ... Sila buat permohonan semakan bahasa Melayu pada papan iklan melalui https://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih | Lain-lain | 17.01.2024 |
| What's the BM translation for 'travel mat'? | Alas kembara | Istilah | 13.11.2006 |