1. Koma perlu diletakkan selepas kata seru seperti oh, wah. Oleh itu penggunaan yang betul adalah seperti di bawah, betul atau tidak? i) Oh, Tuhan. Selamatkanlah kami. ii) Ya Tuhan. Selamatkanlah kami. 2. cintakan/sayangkan - Kedua-dua ini disenaraikan dalam Kamus Bahasa Melayu dalam talian. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sayangkan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=cintakan Adakah kedua-dua ini gramatis? Bukankah "cinta akan" dan "sayang akan" penggunaan yang betul dan gramatis berpandukan Tatabaha Dewan? Jadi, bolehkah "sayangkan" atau "cintakan" digunakan? | 1. Penulisan yang betul ialah Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka! Ya, Tuhanku, selamatkanlah kami! Sila rujuk halaman 255 buku Tatabahasa Dewan. 2. Penggunaan yang gramatis ialah sayang akan dan cinta akan. | Tatabahasa | 31.05.2021 |
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin mendapat kepastian dari segi aspek kesalahan bahasa. Tolong periksa kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut:~ i). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Yang manakah lebih tepat:~ i). Jangka hayat dan soal kematian pada tangan tuhan atau ii). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Perjelasan: di - kt sendi nama untuk tempat Adakah kt sendi nama ' Di" boleh digunakan untuk anggota badan. Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Usia dan soal kematian terletak pada tangan Tuhan”. Penggunaan kata sendi nama “pada” dalam ayat tersebut betul kerana berfungsi untuk menunjukkan "keterangan tempat". Manakala penggunaan kata sendi nama “di” tidak betul kerana kata sendi nama tersebut berfungsi untuk "menunjukkan tempat". Contohnya, “Ibunya bekerja di kantin sekolah itu”. | Tatabahasa | 02.03.2022 |
Assalamuaikum, Saya ingin bertanya perkataan tuhan. 1. Huruf 't' perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? 2. Jika pengguna bukan beragama Islam ingin merujuk tuhan mereka dalam penulisan bahasa Melayu, adakah huruf 't' perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar. 3. Jika kata ganti nama digunakan unuk merujuk Allah, lazimnya digunakan huruf besar pada huruf pertama. Adakah perkara yang sama dilakukan jika merujuk tuhan selain Allah? | Kamus Dewan menakrifkan Tuhan sebagai: i) Allah yang mencipta alam semesta dan untuk maksud ini Tuhan dieja dengan huruf besar; ii) sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan untuk maksud ini tuhan dieja dengan huruf kecil. | Makna | 23.03.2011 |
Ingin tahu ejaan yang betul untuk: 1) insya allah. Perlu didekatkan atau jarak? 2) hamba-hamba Ku. "Ku" merujuk kepada Tuhan. Perlu dijarak atau didekatkan perkataan "Ku"? 3) Tuhan ku. "Ku" merujuk kepada aku. Perlu dijarak atau didekatkan? Sekia, terima kasih. | Saudara, Ejaan yang betul ialah : i. insya-Allah ii. hamba-hamba-Ku iii. Tuhanku | Ejaan | 08.11.2010 |
Assalamualaikum, Antara ayat di bawah yang manakah betul? - Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? - Maka, yang manakah nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan? Terima kasih. | Ayat yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: i. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan. ii. Maka, yang manakah nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan.
| Tatabahasa | 22.03.2024 |
bagaimanakah cara yang betul dalam penggunaan tanda baca titik bertindih dan penomboran selepas keterangan. contoh Rukun Islam ada lima: 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada Malaikat. (adakah digunakan huruf besar pada awal dan diakhiri noktah?) | Kalau dalam ayat, Rukun Negara ada lima, iaitu Kepercaayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Jika menggunakan tanda dua titik bertindih dalam ayat , hendaklah ditulis Rukun Negara ada lima : Kepercayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Sekiranya ditulis dalam bentuk poin, hendaklah seperti contoh berikut : i. Kepercayaan kepada Tuhan ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara hingga akhir tanpa meletakkan tanda noktah selepas setiap poin. Setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 12.02.2008 |