Assalamualaikum... maafkan saya, saya pelajar UMS yang akan memilih major penulisan semester hadapan jadi boleh tidak sekiranya saya cuba menghantar karya2 yang saya tulis untuk semakan pihak DBP.? terima kasih | Untuk makluman, permintaan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan sila rujuk tenaga pengajar di institut puan dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 14.08.2014 |
saya merupakan pelajar tahun akhir di ums... sekarang saya sedang menulis tesis tentang kraftangan di sabah. saya ingin kepastian ejaan "kraftangan" sama ada di jauhkan atau di dekatkan... menurut kamus edisi ke 4, ejanya jauh. | Ejaan yang betul ialah kraf tangan kerana kata majmuk kraf tangan hasil gabungan kraf dan tangan dan kedua-dua perkataan tersebut boleh berdiri sendiri. Kraf tangan tidak termasuk dalam senarai kata majmuk yang mantap yang dieja dalam satu perkataan.. | Ejaan | 21.11.2012 |
Salam Sejahtera, saya merupakan pelajar pascasiswazah yang sedang menyambung PhD di UMS. Saya sedang dalam proses menghasilkan satu instrumen kajian yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Saya ingin mohon khidmat nasihat pihak DBP untuk menyemak struktur ayat dan kesesuaian perkataan yang digunakan dalam intrumen kajian. Jasa baik tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih. | Untuk makluman puan, pihak DBP menyediakan penyemakan dokumen rasmi kerajaan/agensi seperti laporan, garis panduan dan sebagainya. Pihak DBP tidak menyediakan penyemakan untuk kertas kajian atau borang soal selidik. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.01.2024 |
Saya merupakan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengkhususan seramik industri. Terdapat banyak buku yang dicetak dalam bahasa inggeris dan susah didapati di pasaran. saya berhasrat ingin menterjemah buku tersebut di dalam bahasa melayu, bagi memudahkan pelajar menjadikan buku tersebut sebagai panduan. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut prosedur untuk menterjemahkan buku. Sasaran jualan buku tersebut adalah untuk pelajar IPTA(UiTM Shah Alam dan caw Perak, Unimas, UMS, UPSI), pelajar dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (ILP, IKM, Kolej Komuniti) dan MRSM. Diharap dengan adanya buku-buku hasil penterjemahan ini, proses penyampaian dan pemahaman kursus akan lebih efisyen. Sekian, terima kasih. | DBP tidak lagi menguruskan projek penterjemahan. Kini projek penterjemahan diuruskan oleh Institut Terjemahan Negara Berhad. | Lain-lain | 01.02.2008 |