Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Universiti Putra Malaysia (dahulu-nya Universiti Pertanian Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UPM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya pelajar masters upm dalam bidang pendidikan matematik. Saya ingin membuat kajian tesis tentang ciri-ciri psikologi pelajar matematik. Salah satu ciri tersebut ialah "mathematical belief". Soalan saya ialah apakah makna perkataan "Mathematical Belief" dari sudut pendidikan matematik dalam bahasa melayu.

Saudara perlu merujuk buku-buku berkenaan atau mencari maklumat di pusat pengajian tinggi, pihak kami cuma dapat mencadangkan terjemahan bagi istilah "mathematical belief", iaitu "fahaman matematik".

Lain-lain12.03.2010
Saya sedang menyiapkan tesis Master di UPM. Masalah saya ialah mengenai tajuk tesis yang dicadangkan oleh penal pemeriksa. Tajuk yang dicadangkan ialah : "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PERSEKITARAN SEKOLAH DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH" tajuk saya ialah "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DENGAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH". Oleh itu saya minta jasa tuan bagi menentukan tajuk yang manakah lebih tepat.Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada kajian yang dijalankan.Tatabahasa20.08.2013
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasihUntuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan.Istilah06.09.2011
Assalamualaikum,saya Norain Hassan pelajar dari UPM,serdang.Di ruangan ini bolehkah saya ingin bertanyakan nombor telefon yang boleh menghubungi Dato A.Aziz Deraman,kerana saya ingin menemuramah beliau untuk menyiapkan tugasan saya bagi subjek pengajaran kesusasteraan. Harap kerjasama tuan dapat membantu saya.Terima kasih.

Untuk makluman sdr., YBhg. Dato' Aziz Deraman boleh dihubungi melalui no. telefon/faks: 03 89381063, e-mel: adeputragong@yahoo.com dan alamat: Dangau Kasih, No. 12 Jalan BPP 4/2, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor D.E., Malaysia.


Lain-lain29.01.2011
Assalamualiku, Saya merupakan pelajar PhD dari UPM. Saya ingin bertanya jika DBP ada bercadang untuk mengadakan sebarang seminar, persidangan tentang bahasa melayu. hal ini demikian kerana saya ingin menjadi peserta untuk membentangkan kertas kerja saya. maklumat daripada pihak Tuan amat-amat dihargai. Sekian terima kash.

Saudara Azean,

Saudara boleh melayari laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan DBP.

Lain-lain15.06.2010
salam...maaf m'ganggu...saya pelajar dari upm ingin mengetahui maklumat tentang persatuan penulis selangor.saya sudah menghubungi pihaknya tetapi mereka tidak dapat berjumpa buat masa sekarang.tugasan saya itu perlu di hantar selewatnya hujung bulan ini.bolehkah sekiranya saya ingin mengetahui maklumat berkaitannya melalui dbp??topik bicara yg saya ingin tahu ialah sumbangan ,ltr blkg psatuan,aktiviti...sy mohon maaf,mohon makluman dgn kadar segera...Saudara perlu berhubung terus dengan persatuan berkenaan, dalam pangkalan data kami tidak ada maklumat berkaitan yang dapat membantu saudara.Lain-lain10.02.2011
Assalamualaikum dan Selamat pagi.. Saya merupakan graduat dari UPM yang mengambil jurusan Bec.Bahasa Arab dan Minor Komunikasi. Saya asa terlihat borang kekosongan jawatan di laman web DBP.Tetapi tidak menyatakan jawatan yang ditawarkan. Oleh kerana saya berminat untuk berkhidmat dengan DBP, Saya ingin bertanyakan satu soalan : apakah jawatan yang ditawarkan yang bersesuaian dengan bidang saya.Mualaikum salam wbt. Untuk makluman sdr, tiada kekosongan jawatan yang sesuai dengan kelayakan sdr buat masa ini. Sekiranya ada, kami akan mengiklankannya di akhbar tempatan dan akan juga memaparkannya di laman web DBP. Walau bagaimanapun, sdr boleh mengemukakan permohonan dari semasa ke semasa dan tempoh sah permohonan ialah setahun. Jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik sdr ialah Pegawai Perancang Bahasa Gred S41.Lain-lain08.08.2007
A'kum dan salam 1 Malaysia, saya merupakan pelajar PhD daripada UPM. Saya ingin mendapatkan khidmat alih bahasa bagi istilah Bahasa Inggeris di bawah untuk tujuan tesis saya. Untuk makluman, saya menjalankan kajian dalam bidang Psikologi Pendidikan.Perkataan di dalam kurungan adalah istilah yang saya gunakan tanpa merujuk kepada mana-mana pakar bahasa. Mohon ulasan dan pencerahan daripada pihak DBP. 1. Interest-Major Congruence (Keselarasan Minat-Kursus) 2. Demands-Abilities Congruence (Keselarasan Permintaan-Kebolehan) 3. Needs-Supplies Congruence (Keselarasan Keperluan-Perolehan) Terima kasih atas maklum balas yang diberikan.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk  istilah yang dikemukakan. Untuk makluman puan, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "congruence", iaitu selaras, penyesuaian, serba sama dan kongruens. Istilah untuk "major" pula ialah major atau pengkhususan. Oleh itu, istilah "Interest-Major Congruence" mungkin boleh diberi padanan Keselarasan Minat-Pengkhususan. Walau bagaimanapun, padanan ini bergantung pada konsep istilah tersebut. Oleh itu, istilah-istilah yang dicadangkan boleh digunakan sekiranya bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan. 
1. Interest-Major Congruence - Keselarasan Minat-Kursus/Keselarasan Minat-Pengkhususan
2. Demands-Abilities Congruence - Keselarasan Permintaan-Kebolehan
3. Needs-Supplies Congruence - Keselarasan Keperluan-Perolehan
Istilah03.07.2013
Assalamu alaikum, saya pelajar master Bahasa Melayu yang sedang belajar di UPM secara PJJ. Untuk makluman tuan, saya tinggal di sabah dan agak sukar untuk membuat rujukan rujukan terutama berkaitan dengan DBP. Saya ingin mendapatkan bahan berkaitan dengan Peranan DBP dalam proses perkembangandan memartabatkan Bahasa Melayu. sekian dan terima kasih. MUSTARI MOHAMED SAID.DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.

Saudara juga boleh merujuk bahan ini.: 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996
Lain-lain01.03.2013
Tuan Salam Sejahtera Untuk makluman tuan, saya kini melanjutkan pelajaran saya di UPM dan sedang menjalankan penyelidikan di bawah bimbingan Prof Madya Samsilah Roslan berkenaan dengan tajuk "commuter families". Pihak kami memerlukan bantuan tuan dalam memberi pandangan dan nasihat berkenaan dengan penggunaan perkataan "commuter families" dan "commuter" dalam bahasa Malaysia. Istilah dan maklumat lebih telah saya lampirkan untuk pengetahuan pihak tuan. Sekian, Terima kasih Siaw Yan Li 012-9519247Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk commuter families. Istilah bahasa Melayu untuk commuter ialah pengulang-alik atau komuter. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah keluarga komuter.Istilah24.09.2012
123

Kembali ke atas